Perancangan kewangan ke arah perkahwinan dalam kalangan belia
Kewangan merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira kaya atau miskin. Hal berkaitan kewangan bukan hanya memberi kepuasan terhadap kewangan, tetapi turut memberi kepuasan dalam perkahwinan dan kualiti hidup keseluruh...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16609/1/264-Article%20Text-373-1-10-20200426.pdf http://journalarticle.ukm.my/16609/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kewangan merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang
perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira kaya atau miskin. Hal berkaitan
kewangan bukan hanya memberi kepuasan terhadap kewangan, tetapi turut memberi
kepuasan dalam perkahwinan dan kualiti hidup keseluruhannya. Namun, keadaan ekonomi
yang kian mencabar dan kehendak mengimpikan perkahwinan mewah merupakan cabaran
yang dihadapi oleh pasangan yang menuju ke arah perkahwinan pada masa kini. Kajian
lepas menunjukkan terdapat individu yang baharu dua tahun berkahwin telah merasa tidak
puashati dengan perkahwinan mereka. Masalah kewangan merupakan antara punca utama
kepada konflik dalam perkahwinan. Oleh itu, objektif kajian adalah mengukur tahap
perancangan kewangan belia ke arah perkahwinan dan menganalisis faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap perancangan berkenaan. Kaedah kajian yang digunakan adalah
melalui kaedah menggunakan borang soal selidik. Teknik persampelan bertujuan akan
digunakan bagi pengutipan data. Sasaran sampel adalah 85 orang belia (berumur 18
hingga 40 tahun) dan belum berkahwin. Statistik deskriptif akan digunakan bagi menjawab
objektif kajian. Jangkaan hasil kajian ialah sebahagian besar belia mempunyai simpanan
khusus untuk berkahwin. Faktor yang mempengaruhinya adalah elemen perkhidmatan yang
menjadi pilihan utama belia dalam majlis perkahwinan, seperti pakej katering, kad kahwin
dan sebagainya. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu belia untuk lebih bijak
merancang perbelanjaan untuk berkahwin pada masa akan datang. |
---|