Susunan tempat tinggal dan kepuasan hidup warga emas: satu kajian kes di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara susunan tempat tinggal dengan kepuasan hidup warga emas. Data dianalisis menggunakan penyelidikan kuantitatif bertajuk Susunan Tempat Tinggal: Implikasi Kepada Kesejahteraan Warga Emas, di bawah pembiayaan Universiti Putra Malaysia. Hasil ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16457/1/27178-132349-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16457/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara susunan tempat tinggal dengan kepuasan hidup warga
emas. Data dianalisis menggunakan penyelidikan kuantitatif bertajuk Susunan Tempat Tinggal: Implikasi Kepada
Kesejahteraan Warga Emas, di bawah pembiayaan Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa
124 orang warga emas telah berjaya ditemubual. Jenis susunan tempat tinggal warga emas paling ramai di Seri
Kembangan adalah tinggal bersama tiga generasi (51.6%), diikuti oleh tinggal bersama dua generasi (32.3%) dan
tinggal dalam satu generasi (6.1%). Peratus warga emas wanita yang tinggal bersama tiga generasi adalah lebih tinggi
berbdaning lelaki. Sebaliknya peratus warga emas lelaki yang tinggal bersama dua generasi lebih tinggi daripada
wanita. Kebanyakan warga emas di sini memperoleh skor kepuasan hidup yang tinggi. Ujian ANOVA menunjukkan
perbezaan yang signifikan di antara susunan tempat tinggal dengan kepuasan hidup warga emas (F=4.055, p=0.02*).
Warga emas yang tinggal bersama anak mempunyai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi berbdaning jenis susunan
tempat tinggal yang lain. Walau bagaimanapun, Ujian Regresi menunjukkan bahawa susunan tempat tinggal tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan hidup warga emas tetapi disumbangkan oleh faktor kesihatan,
tahap pendidikan, bilangan anak dan sokongan sosial (R2
=0.223, p=0.000**). Justeru untuk meningkatkan kepuasan
hidup warga emas akan datang, maka usaha ke arah meningatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, pendidikan
yang lebih tinggi, galakkan pasangan untuk memiliki anak yang ramai serta sokongan sosial kepada warga emas perlu
diberi perhatian sewajarnya. |
---|