Strategi penyarikataan humor Deadpool: kekal, sisih atau tambah?
Perkembangan pesat sains dan teknologi mencakup pelbagai disiplin, termasuklah penterjemahan audiovisual. Dalam bidang penterjemahan audiovisual ini, penterjemahan humor kerap dinilai bermasalah. Jelas Chiaro (2008), isu kebolehterjemahan humor dikekang oleh permasalahan bahasa dan budaya masyara...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16424/1/42399-149885-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16424/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1372 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan pesat sains dan teknologi mencakup pelbagai disiplin, termasuklah
penterjemahan audiovisual. Dalam bidang penterjemahan audiovisual ini, penterjemahan
humor kerap dinilai bermasalah. Jelas Chiaro (2008), isu kebolehterjemahan humor dikekang
oleh permasalahan bahasa dan budaya masyarakat yang berbeza. Memandangkan humor
bersifat relatif, penyampaian, kefahaman dan penerimaannya adalah rencam. Dalam konteks
audiovisual pula, penyampaian sesuatu mesej (humor) tidak hanya bergantung pada makna
semantik dialog semata-mata; sebaliknya pembinaannya dilatari oleh empat mod teras secara
serentak, iaitu bunyi, muzik, imej dan bahasa (Pérez-González, 2014a). Keadaan ini ternyata
merumitkan tugas penterjemah audiovisual bagi menentukan strategi terjemahan yang
bersesuaian. Seiringan dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan fenomena strategi
penyarikataan humor secara komprehensif. Bagi tujuan ini, filem Marvel Deadpool yang disari
kata ke dalam bahasa Melayu oleh ASTRO GO telah dipilih sebagai korpus kajian.
Berdasarkan Taksonomi Humor Martínez-Sierra (2006) dan kaedah analisis Zolczer (2016),
analisis perbandingan elemen humor dalam teks sumber dan sasaran telah dijalankan. Hasil
analisis mendapati bahawa terdapat tiga strategi terjemahan utama, iaitu Diterjemah, Tidak
Diterjemah dan Ditambah. Secara rinci, strategi terjemahan Deadpool dikelaskan kepada lapan
perincian, iaitu Diterjemah-Kekal (Berjaya), Diterjemah-Kekal (Gagal), Diterjemah-Berubah
(Berjaya), Diterjemah-Berubah (Gagal), Tidak Diterjemah (Memadai), Tidak Diterjemah
(Gagal), Ditambah (Berjaya) dan Ditambah (Gagal). Selain pemerian pola strategi, dapatan
kajian turut dibandingkan dengan perbahasan konseptual bagi menjelaskan fenomena
terjemahan humor secara lebih menyeluruh. |
---|