Isu cinta dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi
Hubungan percintaan dalam kalangan mahasiswa merupakan perkara sinonim diperkatakan di universiti. Pasangan mahasiswa bercinta kebiasaannya dapat dilihat sering melakukan aktiviti bersama-sama. Walau bagaimanapun, cinta dalam kalangan mahasiswa kini telah menimbulkan pelbagai isu sosial yang m...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16370/1/247-Article%20Text-347-1-10-20200425.pdf http://journalarticle.ukm.my/16370/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hubungan percintaan dalam kalangan mahasiswa merupakan perkara sinonim diperkatakan
di universiti. Pasangan mahasiswa bercinta kebiasaannya dapat dilihat sering melakukan
aktiviti bersama-sama. Walau bagaimanapun, cinta dalam kalangan mahasiswa kini telah
menimbulkan pelbagai isu sosial yang menjejaskan kehidupan seharian mereka seperti
terlibat dengan pergaulan bebas dan yang lebih membimbangkan lagi apabila terlibat
dengan hubungan terlarang sebelum berkahwin. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenalpasti kesan daripada percintaan. Kajian yang dijalankan adalah
secara kualitatif dengan menggunakan rekabentuk fenomenologi. Kaedah temubual separa
struktur secara mendalam terhadap tujuh orang responden yang terdiri daripada mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi telah dijalankan dengan menggunakan
teknik persampelan bertujuan. Data yang diperoleh kemudian dianalisis menggunakan
tematik analisis. Hasil dapatan kajian mendapati empat kesan utama daripada percintaan ini
iaitu pengurusan masa yang tidak cekap, pengurusan emosi yang tidak profesional,
pengurusan kewangan yang tidak terkawal dan kesan terhadap isu kepercayaan. Hasil
dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran tentang percintaan kepada
mahasiswa dan intervensi yang bersesuaian perlu dilakukan bagi memastikan mahasiswa
terus cemerlang dari aspek akademik mahupun sahsiah. |
---|