Ayat pasif di- dalam novel Kau Yang Satu: satu analisis berdasarkan pendekatan kuasaan dan tambatan

Kajian dan analisis berkenaan ayat pasif dalam pelbagai sudut masih dibincangkan dan diperbahaskan oleh para cendekiawan dan ahli bahasa sehingga ke hari ini dengan dakwaan bahawa struktur ayat pasif adalah terbit daripada struktur ayat aktif. Pembuktian berkenaan ayat pasif dihujahkan dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhasliza Ramli,, Norfazila Ab. Hamid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16339/1/44412-142690-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16339/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian dan analisis berkenaan ayat pasif dalam pelbagai sudut masih dibincangkan dan diperbahaskan oleh para cendekiawan dan ahli bahasa sehingga ke hari ini dengan dakwaan bahawa struktur ayat pasif adalah terbit daripada struktur ayat aktif. Pembuktian berkenaan ayat pasif dihujahkan dengan menggunakan pelbagai pendekatan, khususnya pendekatan tatabahasa generatif sama ada Syntactic Structure (Chomsky, 1957), teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1981) dan Program Minimalis (Chomsky 1995, 2000, 2001). Sehubungan dengan itu, penulisan ini bertujuan untuk melihat pembentukan ayat pasif melalui kaca mata pendekatan Kuasaan dan Tambatan. Bagi merealisasikan hasrat ini, penulis menggunakan data ayat pasif di- dalam sebuah novel popular, iaitu Kau Yang Satu, karangan penulis Nia Azalea. Dalam pendekatan ini, pembentukan struktur ayat pasif di�menidakkan dakwaan kuno di atas kerana derivasi struktur pasif di- adalah berasaskan strukturnya yang sedia pasif di peringkat struktur dalaman. Tuntasnya, berdasarkan pendekatan Kuasaan dan Tambatan, ia mampu menjelaskan fenomena pergerakan dalam struktur pasif di- secara berpada, melalui interaksi struktur pasif di- dengan teori Kasus, di samping teori Teta.