Elemen keindahan dalam tumbuhan menurut al-Quran dan al-hadith: satu tinjauan awal

Kehidupan tanpa elemen keindahan akan membuatkan hidup manusia menjadi hambar, bosan dan suram. Oleh yang demikian, Allah menciptakan tumbuhan mempunyai pelbagai keistimewaan dan banyak memberi manfaat kepada manusia. Antara manfaat yang disebut di dalam al-Quran ialah elemen keindahan dalam tumb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nurwanis Mohamed,, Monika@Munirah Abd Razzak,, Najihah Mohd Hashim,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16253/1/119-242-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16253/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/12
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehidupan tanpa elemen keindahan akan membuatkan hidup manusia menjadi hambar, bosan dan suram. Oleh yang demikian, Allah menciptakan tumbuhan mempunyai pelbagai keistimewaan dan banyak memberi manfaat kepada manusia. Antara manfaat yang disebut di dalam al-Quran ialah elemen keindahan dalam tumbuhan. Keindahan alam flora memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Pengkaji menggunakan metode analisis deduktif bagi mendapatkan kesimpulan serta perkaitan antara ayat-ayat tersebut. Hasil analisis, didapati ada lapan ayat dalam al-Quran yang menyentuh tentang elemen keindahan dalam tumbuhan dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir. Ia diwakili dengan istilah bahjah, zawjin bahij, zukhrufaha, mukhtalifan alwanuha, al-rayhan dan kafura. Setelah dirumuskan, terdapat tiga tema pada elemen keindahan dalam tumbuhan menurut al-Quran berpandukan kepada huraian para ahli tafsir. Pertama, tanaman yang indah permai. Kedua, tanaman yang pelbagai jenis warnanya. Ketiga, tumbuhan yang mengeluarkan aroma yang harum. Justeru itu, hasil kajian ini menunjukkan elemen keindahan dalam tumbuhan sangat penting bagi membantu menceriakan minda, menenangkan perasaan serta menjadi suatu rawatan semulajadi untuk manusia.