Pemikiran pembaharuan Surin Pitsuwan dalam membangunkan sosiopolitik Muslim di Thailand
Surin Pitsuwan (1949-2017) ialah salah seorang tokoh politik Muslim Thai yang dihormati di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Kepemimpinan politik Surin yang cemerlang di Thailand dan di peringkat Asia Tenggara menonjolkan gagasan pemikiran pembaharuan beliau ke arah membina kemajuan u...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16217/1/44633-143606-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16217/ https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Surin Pitsuwan (1949-2017) ialah salah seorang tokoh politik Muslim Thai yang dihormati di peringkat tempatan,
serantau dan antarabangsa. Kepemimpinan politik Surin yang cemerlang di Thailand dan di peringkat Asia Tenggara
menonjolkan gagasan pemikiran pembaharuan beliau ke arah membina kemajuan umat Islam di pentas global. Surin
menggunakan wadah politik dan pendidikan bagi menggembangkan dan melaksanakan idea-idea pembaharuan
terutama dalam membangunkan komuniti Muslim Thailand agar dihormati. Kajian ini mendedahkan latar keperibadian
Surin, mengentengahkankan idea-idea utama pembaharuan masyarakat dan menilai implikasi dan sumbangan Surin
terhadap pembangunan sosio-politik dan ekonomi masyarakat Muslim Thai khususnya dan kepada umat Islam di Asia
Tenggara. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara lapangan bersandarkan dokumen, pemerhatian dan
temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Kajian ini merumuskan ideaidea pembaharuan Surin dalam konteks mengangkat kedudukan umat Islam Thailand tertumpu kepada pembangunan
nilai dan dasar kesaksamaan dalam pentadbiran dan kebudayaan. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada
tuntutan penerimaan dan penyesuaian secara positif dan harmoni oleh masyarakat Islam semasa terutama di Thailand
bagi mendepani cabaran tamadun masa kini serta tuntutan pembinaan institusi pendidikan yang kukuh, terbuka dan
bersepadu demi melahirkan generasi Muslim berdaya saing. Ketokohan dan sumbangan Surin dalam pembangunan
sosio-politik dan ekonomi umat Islam Thailand besar. Pencapaian keperibadiannnya dalam bidang pendidikan dan
karier politik menjadi satu sumber inspirasi kepada generasi muda Muslim di Thailand untuk menjayakan pembangunan
diri demi mengangkat kedudukan umat Islam Thailand yang dihormati dalam segenap aspek kehidupan dan kenegaraan
di pentasi dunia yang mencabar hari ini. |
---|