Penyebaran variasi leksikal ‘kapal’ dalam dialek Melayu Siam di Satun, Thailand: analisis geolinguistik
Setiap dialek mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Demikian juga dengan dialek Melayu Siam yang dituturkan di Satun, Thailand. Oleh yang demikian, kajian ini berfokus kepada penyebaran leksikal ‘kapal’ dalam dialek Melayu Siam di Satun daripada aspek geolinguistik. Kajian ini juga turut melihat fa...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16203/1/jatma-2021-0901-05.pdf http://journalarticle.ukm.my/16203/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Setiap dialek mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Demikian juga dengan dialek Melayu Siam yang dituturkan di Satun,
Thailand. Oleh yang demikian, kajian ini berfokus kepada penyebaran leksikal ‘kapal’ dalam dialek Melayu Siam
di Satun daripada aspek geolinguistik. Kajian ini juga turut melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penyebaran
leksikal ini. Kajian ini dilakukan di Satun, Thailand yang melibatkan 5 buah mukim iaitu mukim Cha Lung, mukim
Chebilang, mukim Bankhuan, mukim Tan Yong Poo dan juga mukim Tammalang. Kajian lapangan ini melibatkan 240
informan yang terdiri daripada golongan muda, golongan dewasa dan golongan tua. Data yang diperoleh dimasukkan
ke dalam perisian ArcGis untuk dianalisis dan menghasilkan peta choropleth. Daripada hasil kajian didapati bahawa
terdapat 6 variasi leksikal ‘kapal’ yang dijumpai dalam data yang dianalisis. Variasi leksikal ‘kapal’ yang dihasilkan
melalui kajian ini adalah [kapa],[bot],[perahu],[pahu] dan [kapa]. Selain itu, kewujudan variasi leksikal ‘kapal’
ini adalah disebabkan faktor non-linguistik seperti persempadanan dan faktor sejarah telah menyumbang kepada
kepelbagaian varian leksikal ‘kapal’. Pengaplikasian GIS telah membantu menghasilkan peta taburan choropleth bagi
leksikal ‘kapal’ di Satun. |
---|