Wanita dan e-sukan di Malaysia: sosialisasi dan stereotaip gender
Artikel ini membincangkan mengenai stereotaip gender yang dialami oleh pemain e-sukan wanita. Isu mengenai stereotaip gender terjadi kerana e-sukan dikategorikan sebagai sukan yang didominasi oleh kaum lelaki kerana majoriti pemain terdiri daripada kaum lelaki. Bagi wanita yang memilih untuk menj...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16129/1/44908-144502-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16129/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini membincangkan mengenai stereotaip gender yang dialami oleh pemain e-sukan wanita.
Isu mengenai stereotaip gender terjadi kerana e-sukan dikategorikan sebagai sukan yang didominasi
oleh kaum lelaki kerana majoriti pemain terdiri daripada kaum lelaki. Bagi wanita yang memilih
untuk menjadi sebahagian daripada industri e-sukan, mereka tidak dapat lari daripada elemen
stigma, label dan seterusnya stereotaip hanya disebabkan gender mereka berbeza. Bagi menjawab
isu ini, pendekatan kualitatif menggunakan temu bual mendalam telah dilakukan ke atas tujuh orang
wanita yang terlibat aktif di dalam e-sukan. Informan tersebut dipilih melalui persampelan bertujuan
dengan ciri-ciri spesifik iaitu wanita, terlibat di dalam e-sukan dan menjadi pemain bagi sesebuah
pasukan/kelab e-sukan dan terlibat dalam permainan jenis berperanan berganda (MMOPRGs). Data
dianalisis menggunakan analisis tematik dan dipersembahkan secara deskriptif dan naratif. Hasil
kajian menunjukkan terdapat beberapa jenis stereotaip yang menjadi cabaran serta halangan
kepada pemain wanita ini untuk terus berjaya di dalam kerjaya sebagai seorang professional
‘gamers’. Stereotaip gender seperti wanita tidak pandai bermain MMOPGRs, komen berbau seksis
serta lucah juga pernah diterima, tiada komunikasi yang baik antara pemain lelaki dan wanita dan
tanggapan bahawa wanita tidak sesuai bermain permainan tersebut kerana kebanyakan permainan
berganda ini bersifat ekstrem, agresif dan maskulin. Ciri-ciri permainan tersebut lebih signifikan
kepada lelaki berbanding dengan wanita yang seringkali dikaitkan dengan sifat feminin. Secara tidak
langsung, tanggapan seperti itu sedikit sebanyak menyekat peluang wanita untuk bergerak lebih
aktif dan maju di dalam e-sukan berbanding lelaki. |
---|