Grafik dan muzik: analisis reka bentuk kulit album
Kulit album mempunyai pelbagai fungsi pada sesebuah karya seni muzik. Reka bentuk kulit album yang menarik mampu menarik pelanggan untuk membuat pilihan ketika membeli produk tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan grafik dan muzik terhadap empat buah kulit album Zainal Abidin iait...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16125/1/44848-144350-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16125/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kulit album mempunyai pelbagai fungsi pada sesebuah karya seni muzik. Reka bentuk kulit album
yang menarik mampu menarik pelanggan untuk membuat pilihan ketika membeli produk tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan grafik dan muzik terhadap empat buah kulit album
Zainal Abidin iaitu album Hijau, Gamal, Orak Arek dan Terangsang. Sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa reka bentuk kulit album telah banyak mengalami perubahan dari pelbagai aspek
mengikut perkembangan industri muzik. Pelbagai teknik reka bentuk digunakan untuk
menyampaikan mesej berhubung kait dengan genre album tersebut. Kajian kes dalam kaedah
kualitatif ini menggunakan teknik pemerhatian dan fotografi terhadap empat buah kulit album Zainal
Abidin sebagai artis pop yang terkenal dengan keunikan lagunya di Malaysia. Data yang dikumpul
telah dianalisis dan dinilai dari segi grafik berdasarkan tiga elemen iaitu warna, visual dan tipografi
yang digunakan manakala, dari segi muzik pula dilihat dari elemen ritma, bunyi dan lirik lagu dalam
album itu. Analisis kulit album ini juga dibuat berlandaskan pendekatan semiotik sosial komunikasi
visual oleh Van Leeuwen dalam menjelaskan makna di sebalik reka bentuk kulit album yang
disampaikan. Hasil kajian menunjukkan hubungkait antara grafik dan muzik pada keempat-empat
kulit album yang dijadikan kajian kes ini. Oleh hal demikian, hubungan antara reka bentuk grafik dan
album muzik tidak dapat dipisahkan untuk menghasilkan kulit album yang berkualiti di samping
menyampaikan maklumat komunikasi dengan berkesan. |
---|