Sinema Nasional Malaysia: pasang surut budaya dalam tiga era
Persembahan sinematik atau filem boleh dikupas secara ilmiah dari berbagai sudut ilmu. Filem sebagai sebuah representasi umumnya dibincangkan secara terhad mewakili sesuatu wilayah sosiopolitik tertentu. Oleh itu, penulisan ini membincangkan idea Sinema Nasional bagi sinema Malaysia yang dikesan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16091/1/30640-138156-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16091/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Persembahan sinematik atau filem boleh dikupas secara ilmiah dari berbagai sudut ilmu. Filem sebagai
sebuah representasi umumnya dibincangkan secara terhad mewakili sesuatu wilayah sosiopolitik
tertentu. Oleh itu, penulisan ini membincangkan idea Sinema Nasional bagi sinema Malaysia yang
dikesan sebagai sesuatu yang bermasalah kerana hanya ditumpukan pada satu-satu filem atau terhad
kepada ketetapan ciri nasional yang sempit. Dengan latar sedemikian, kajian ini mempermasalahkan
dan mempersoalkan konsep Sinema Nasional Malaysia dengan hujahan, aspek-aspek sosiobudaya dan
politik Malaysia sebagai satu wilayah bertindih dengan institusi budaya serantau melalui pengalaman
merantau. Bagi penulisan ini, Malaysia dijejaki secara longue durée kerana estetika sinematik bukan
sahaja menganjurkan kaitan kebudayaan serantau, malah tidak berpegang pada sesuatu yang spesifik
kerana ianya bereaksi kepada keadaan sosio-politik semasa. Artikel ini mengambil pendekatan diskusi
(discourse) dan pasang surut budaya dengan sokongan analisis tekstual dalam membincangkan
perubahan interpretasi ruang budaya dari tiga fasa berbeza yang dibahagikan kepada era hitam-putih
(1950s-1960s), era independen (1970s-1990s), dan era digital (2000an hingga kini). Filem-filem yang
dipilih akan dikupas dengan kaitan isu-isu ini. Berdasarkan analisa filem-filem ini, penulisan ini
mencadangkan idea sinema nasional Malaysia harus menerima idea yang sinema nasional tidak
homogeny, tetapi, ianya kompleks dan cair kerana idea sinema nasional untuk sebuah negara seperti
Malaysia sentiasa berubah bergantung kepada iklim politik yang sering diperbaharui oleh warganya. |
---|