Kesedaran pelajar terhadap risiko Bitcoin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran pelajar terhadap risiko mata wang maya iaitu Bitcoin yang mula diperkenalkan oleh Nakamoto Satoshi pada 2008. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang dijalankan terhadap sejumlah 200 orang pelajar universiti daripada keseluruhan 8 buah fakulti di Univers...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15987/1/Artikel-8_Prof.-Madya-Dr.-Aisyah-Abdul-Rahman_final.pdf http://journalarticle.ukm.my/15987/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/vol-21-no-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran pelajar terhadap risiko mata wang maya iaitu Bitcoin yang mula
diperkenalkan oleh Nakamoto Satoshi pada 2008. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang dijalankan terhadap
sejumlah 200 orang pelajar universiti daripada keseluruhan 8 buah fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) kampus Bangi. Seramai 25 orang pelajar daripada setiap fakulti telah terpilih secara rawak untuk menjawab
satu soal selidik yang disediakan untuk mengumpul data. Hasil kajian mendapati bahawa para pelajar tidak
menyedari secara menyeluruh tentang pelbagai jenis risiko yang terlibat apabila melabur dalam Bitcoin. Mereka
sedar mengenai risiko ketidakstabilan harga Bitcoin, kes penipuan Bitcoin dan kebarangkalian kehilangan Bitcoin
sekiranya e-wallet hilang. Para pelajar juga menyedari risiko Bitcoin boleh dikurangkan melalui penyimpanan
dalam ‘cold wallet’ serta penggunaan ‘anti-virus’ bagi melindungi perisian daripada digodam. Namun begitu,
mereka tidak sedar tentang risiko turun-naik harga Bitcoin dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran Bitcoin
di pasaran yang mana boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian. Di samping itu, mereka juga tidak
menyedari bahawa ‘backup files’ boleh mengurangkan risiko pencerobohan terhadap akaun Bitcoin. |
---|