Impak media baharu terhadap patriotisme belia di Malaysia

Patriotisme sering dikaitkan dengan konsep yang berkaitan dengan kenegaraan. Sentimen patriotisme berkembang luas dan meliputi pelbagai negara di peringkat global. Tahap patriotisme belia di negara ini perlu dipertingkatkan dengan penggunaan media baharu. Medium media baharu yang berasaskan Intern...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Aishah Zainal,, Mohd Azul Mohamad Salleh,, Wan Amizah Wan Mahmud,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15965/1/Artikel-3-Impak-Media-Baharu-Terhadap-Patriotisme-Belia-di-Malaysia.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15965/
http://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-23-number-1-june-2020/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Patriotisme sering dikaitkan dengan konsep yang berkaitan dengan kenegaraan. Sentimen patriotisme berkembang luas dan meliputi pelbagai negara di peringkat global. Tahap patriotisme belia di negara ini perlu dipertingkatkan dengan penggunaan media baharu. Medium media baharu yang berasaskan Internet amat membantu dalam menyebarluaskan pelbagai jenis maklumat yang ingin disalurkan khususnya informasi kenegaraan. Aspek patriotisme seharusnya diberi penekanan secara terperinci dan haruslah dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Paparan maklumat menerusi medium komunikasi ini mempengaruhi pengguna dan sekaligus memberi kesan kepada golongan belia. Sememangnya tahap kesedaran kumpulan masyarakat khususnya golongan belia terhadap aspek patriotisme adalah kurang memberangsangkan dan perlu dipertingkatkan secara menyeluruh. Kekurangan semangat patriotisme cenderung kepada pelbagai faktor semasa seperti sikap seseorang individu. Hal ini seharusnya diberi penekanan yang sewajarnya kerana berupaya menjadi sebahagian daripada entiti negara. Kajian yang dilakukan dengan menggunakan kaedah survei adalah untuk melihat sejauh mana peranan media baharu memberikan impak terhadap patriotisme belia di Malaysia. Oleh yang demikian, berpaksikan kepada Teori Penyuburan yang dipelopori oleh George Gerbner dan Larry Gross (1976), kertas konseptual ini membincangkan secara spesifik berkaitan impak yang wujud menerusi teknologi media baharu terhadap penyuburan patriotisme belia di Malaysia.