Peranan pemahaman budaya organisasi dalam kalangan para pekerja Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam mencapai matlamat amalan perbankan berlandaskan syariah
Budaya organisasi Islam adalah set nilai berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang membantu ahliahli organisasi berkaitan dengan kefahaman mereka terhadap maksud organisasi, cara organisasi beroperasi dan perkara yang berkepentingan. Pengamalan budaya organisasi Islam melalui Sistem Perbank...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15869/1/40726-130070-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/15869/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Budaya organisasi Islam adalah set nilai berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang membantu ahliahli organisasi berkaitan dengan kefahaman mereka terhadap maksud organisasi, cara organisasi beroperasi dan
perkara yang berkepentingan. Pengamalan budaya organisasi Islam melalui Sistem Perbankan Islam (SPI) di Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan manifestasi pertumbuhan semula asas nilai-nilai Islam di bank-bank Islam.
Justeru, isu utama kajian ini ialah sejauh mana pekerja BIMB memahami budaya organisasi Islam dan melaksanakan
Sistem Perbankan Islam (SPI) yang dibentuk oleh prinsip-prinsip syariah. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti
sejauh mana pemahaman budaya organisasi dalam kalangan pekerja BIMB telah memainkan peranan dalam mencapai
matlamat amalan perbankan berlandaskan syariah. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan
temu bual berstruktur dengan 36 informan daripada kumpulan pegawai yang terdiri daripada pegawai syariah,
operasi, produk dan perkhidmatan dan kumpulan pengurusan yang terdiri daripada pengurusan tertinggi organisasi.
Penganalisisan data telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti bagi tujuan pengekodan berdasarkan
taksonomi dan tema-tema yang dipacu oleh data yang diperoleh dan dibina oleh pengkaji sendiri. Penemuan kajian
mendapati makna budaya organisasi menurut pandangan dunia pekerja BIMB ialah aspek-aspek kepimpinan, sosial
bahawa kesepaduan antara aspek kepatuhan dengan strategi merupakan mekanisme penting dalam meneliti sejauh mana
pemahaman budaya organisasi dalam kalangan pekerja BIMB telah memainkan peranan dalam mencapai matlamat
amalan perbankan berlandaskan syariah. Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa pemahaman budaya
organisasi Islam di BIMB telah memainkan peranan dalam mencapai matlamat amalan dan organisasi perbankan
berlandaskan syariah. Implikasinya, terdapat beberapa aspek penambahbaikan seperti kepimpinan, pengembangan
dan inovasi produk dan perkhidmatan perlu diberikan perhatian demi kelangsungan budaya organisasi Islam BIMB
dalam mencapai matlamat perbankan berlandaskan syariah. |
---|