Kelestarian perakaunan zakat di Malaysia

Kelestarian dalam perakaunan zakat yang sering dibahaskan di Malaysia melibatkan tiga isu. Pertama, kaedah perakaunan zakat pendapatan terhadap manfaat berupa barangan. Kedua, perniagaan yang memperolehi keuntungan tetapi modal kerja adalah negatif. Ketiga, kos tanaman dan kos sara hidup untuk per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Ilyana Muhd Adnan,, Azlin Alisa Ahmad,, Zahri Hamat,, Noor Izzati Ab Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15859/1/40749-130122-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15859/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelestarian dalam perakaunan zakat yang sering dibahaskan di Malaysia melibatkan tiga isu. Pertama, kaedah perakaunan zakat pendapatan terhadap manfaat berupa barangan. Kedua, perniagaan yang memperolehi keuntungan tetapi modal kerja adalah negatif. Ketiga, kos tanaman dan kos sara hidup untuk pertanian komersial. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis perakaunan zakat lestari yang diamalkan oleh institusi zakat serta pendapat para cendekiawan zakat terhadap perakaunan zakat lestari di Malaysia. Data kualitatif diperolehi daripada analisis dokumen dan temu bual separa struktur. Informan terdiri daripada cendekiawan zakat dan pengamal zakat. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis kandungan secara deduktif dan induktif. Dapatan analisis mempamerkan bahawa perakaunan zakat lestari diamalkan oleh institusi zakat di Malaysia. Pertama, peluasan kekayaan yang diwajibkan zakat. Kedua, penilaian kekayaan wajib zakat berdasarkan kekayaan bersih; dan ketiga, peranan niat dalam menentukan kekayaan wajib zakat. Perakaunan zakat lestari adalah berdasarkan pandangan cendekiawan zakat di Malaysia. Dihujahkan terdapat kesepakatan bahawa asas yang digunakan untuk membangunkan perakaunan zakat adalah tikat rigid. Oleh itu, perakaunan zakat lestari akan terus digunakan bersesuai dengan keperluan semasa dan keadaan setempat.