Nilai simbolik sebagai penunjuk kelestarian modal sosial petempatan tradisional di Kuala Terengganu, Malaysia
Pemahaman yang mendalam mengenai nilai warisan bagi petempatan tradisional adalah penting untuk membentuk satu gabungan kerjasama dalam menghasilkan sebuah keputusan yang lebih strategik untuk pemeliharaan sesebuah petempatan tradisional. Hal ini kerana, penilaian nilai warisan dapat membantu dal...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15846/1/36981-135168-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15846/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemahaman yang mendalam mengenai nilai warisan bagi petempatan tradisional adalah penting
untuk membentuk satu gabungan kerjasama dalam menghasilkan sebuah keputusan yang lebih
strategik untuk pemeliharaan sesebuah petempatan tradisional. Hal ini kerana, penilaian nilai
warisan dapat membantu dalam mengenal pasti dengan lebih mendalam akan nilai-nilai penting
yang menyokong kepada peningkatan perpaduan komuniti. Namun demikian, ancaman-ancaman
terhadap persekitaran fizikal di petempatan tradisional yang tidak terbendung dilihat bakal
menghakis nilai-nilai warisan sekali gus mengancam kelestarian modal sosial yang telah
terbentuk sejak sekian lama. Justeru, dengan menggunakan pendekatan gabungan penyelidikan
ini menghurai nilai-nilai warisan penting bagi komuniti tempatan yang terlibat secara langsung
serta tidak langsung di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Hasil dapatan menunjukkan
komponen nilaian simbolik memperolehi nilai purata kumulatif yang tertinggi manakala nilaian
ekonomi merekodkan nilai purata kumulatif paling rendah berbanding tiga nilai lain yang
tersenarai. Nilai simbolik dalam kajian ini menyorot tentang kepentingan cara hidup dan budaya
yang terbentuk setiap hari serta mengikut musim telah membentuk sebuah komuniti yang
memiliki identiti dan jati diri yang tinggi. Penyelidikan ini turut menyimpulkan bahawa nilai
warisan dapat berfungsi sebagai kerangka dalam pelan pemeliharaan petempatan tradisional
sekali gus memberi kefahaman terhadap kepentingan warisan ketara dalam memastikan
perancangan fizikal yang lebih terancang di masa hadapan. |
---|