Analisis konflik masyarakat tempatan dalam satu kajian kes perkongsian dengan syarikat di Peranap, Riau, Indonesia
Provinsi Riau adalah sebuah provinsi perladangan kelapa sawit yang terbesar di Indonesia dan telah menarik minat para pelabur perladangan. Perihal aktiviti pelaburan dalam sektor perladangan kelapa sawit jika tidak benar-benar diatur dalam undang-udang mampu menimbulkan konflik serta merugikan ma...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15843/1/36652-135164-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15843/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Provinsi Riau adalah sebuah provinsi perladangan kelapa sawit yang terbesar di Indonesia dan
telah menarik minat para pelabur perladangan. Perihal aktiviti pelaburan dalam sektor
perladangan kelapa sawit jika tidak benar-benar diatur dalam undang-udang mampu
menimbulkan konflik serta merugikan masyarakat tempatan dan turut memberikan kesan buruk
kepada masyarakat adat yang memiliki tanah komunal. Konflik agraria di sektor perladangan
pada tahun 2018 adalah yang tertinggi berbanding sektor lainnya dan terjadi pada perladangan
kelapa sawit di Provinsi Riau. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk konflik yang
telah terjadi di antara masyarakat tempatan dan pelabur perkebunan. Kajian ini dilakukan di
Peranap kerana kawasan ini memiliki masyarakat tempatan yang masih mempunyai tanah
komunal. Pemilihan informan kajian dilakukan dengan pensampelan bertujuan berasaskan
kriteria tertentu iaitu tokoh masyarakat, syarikat dan pemerintah tempatan dengan semuanya
berjumlah 14 orang. Jenis kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan kaedah pendekatan
kualitatif. Hasil penemuan kajian menunjukkan bahawa konflik terjadi semasa perkongsian
antara koperasi dan syarikat, konflik dalam koperasi, konflik pemberian pampasan tidak
berbaloi, dan konflik pembangunan perladangan syarikat yang mengambil tanah masyarakat.
Hasil daripada analisis tema yang dijalankan, kajian ini menunjukkan ada 3 konflik yang terjadi
pada koperasi iaitu pembuatan senarai petani plasma tidak sesuai, penyalahgunaan pembahagian
keuntungan daripada syarikat, dan perebutan pengurusan koperasi. |
---|