Tahap kesejahteraan penduduk di pinggiran wilayah metropolitan: kajian kes koridor utara negeri Selangor, Malaysia
Kesejahteraan hidup adalah keadaan seseorang individu atau kumpulan. Ia boleh diukur dengan menyelidik keadaan sosioekonomi penduduk/kumpulan tersebut. Artikel ini bertujuan mengenalpasti tahap bagi kesejahteraan hidup penduduk di kawasan Koridor Utara Selangor, Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15840/1/34765-135158-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15840/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesejahteraan hidup adalah keadaan seseorang individu atau kumpulan. Ia boleh diukur dengan
menyelidik keadaan sosioekonomi penduduk/kumpulan tersebut. Artikel ini bertujuan
mengenalpasti tahap bagi kesejahteraan hidup penduduk di kawasan Koridor Utara Selangor,
Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML) Lembah Klang-Langat. Kajian melibatkan 400 orang
responden melibatkan ketua isi rumah sahaja yang menetap di sekitar kawasan pinggiran Koridor
Utara Selangor bagi WML Lembah Klang-Langat. Pemilihan responden adalah dengan
menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik berskala Likert 1
hingga 5 digunakan sebagai instrumen kajian. Berdasarkan indeks kesejahteraan hidup, pelbagai
angkubah yang telah disenaraikan secara menyeluruh melibatkan kesejahteraan hidup namun
dalam kajian ini pengkaji menggunakan empat pemboleh ubah iaitu perumahan, pengangkutan,
sosioekonomi dan guna tanah. Pemboleh ubah perumahan terdiri daripada tiga sub pemboleh
ubah iaitu pemilihan kawasan, keselamatan dan kemudahan. Manakala pemboleh ubah
pengangkutan mempunyai dua sub pemboleh ubah iaitu pengangkutan awam dan perhubungan
pengangkutan. Diikuti dengan sub pemboleh ubah sosioekonomi iaitu sosial dan ekonomi.
Seterusnya bagi guna tanah, sub pemboleh ubah terdiri daripada jenis aktiviti dan pemilikan
harta. Hasil kajian menunjukkan tahap kebolehpercayaan soal selidik boleh diterima dengan nilai
alfa Cronbach setiap pemboleh ubah adalah lebih besar daripada 0.8. Tahap bagi pengangkutan
dan sosioekonomi berada pada tahap tinggi manakalah perumahan dan guna tanah berada pada
tahap sederhana. Dapatan ini membuktikan bahawa tahap sesetengah kesejahteraan masyarakat
berada pada tahap tinggi dan sederhana disebabkan perebakan yang berlaku. Ini bermakna
manusia akan melakukan pelbagai penyesuaian terhadap persekitaran supaya persekitaran yang
wujud selari dengan naluri manusia. |
---|