Status hadith dalam Risalah Tarekat Naqshabandiyyah karya Sheikh Yahya
Kitab jawi tentang tasawuf dan tarekat yang bertajuk Risalah Tarekat Naqshabandiyyah Jalan Makrifat ialah kitab yang ditulis oleh Sheikh Yahya bin Laksaman al-Khalidi (1910-1989 M), seorang guru mursyid tarekat Naqshabandiyyah daripada Sumatera. Artikel ini telah meneliti 17 hadith tentang zikrull...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15753/1/76-157-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15753/ http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/8 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kitab jawi tentang tasawuf dan tarekat yang bertajuk Risalah Tarekat Naqshabandiyyah Jalan Makrifat ialah
kitab yang ditulis oleh Sheikh Yahya bin Laksaman al-Khalidi (1910-1989 M), seorang guru mursyid tarekat
Naqshabandiyyah daripada Sumatera. Artikel ini telah meneliti 17 hadith tentang zikrullah yang terdapat dalam
siri pertama risalah tersebut. Kajian dibuat bagi mengenal pasti sumber pengambilan hadith, sanad dan
hukumnya. Juga menganalisis peratusan hadith yang diterima dan boleh digunakan sebagai motivasi untuk
beramal, dan peratusan hadith yang ditolak. Kaedah takhrij telah digunakan bagi mengenal pasti hadith, iaitu
dengan cara mencari daripada sumber yang berasal daripada masadir al-asliyyah dan masadir ghaiyr alasliyyah dengan bantuan laman-laman sesawang aplikasi carian hadith. Metode analisis yang digunakan ialah
metode analisis kandungan dan mengambil reka bentuk kajian kualitatif. Kajian mendapati, daripada 17 hadith
yang diteliti tiga hadith di antaranya berstatus sahih (17.64%), tiga ḥasan li dhatih (17.64%), satu hasan li
ghayrih (5.88%), tujuh hadith daif (41.17%), dua mawdu (11.76%), dan satu hadith yang tidak dikesan
sumbernya (5.88%). Kajian juga mendapati 14 hadith diterima (82.35%) dan tiga hadith ditolak (17.64%). |
---|