Penterjemahan idiom Arab-Melayu melalui Google Translate: apakah yang perlu dilakukan?
Ungkapan idiom Arab sebagai bahasa figuratif yang berbeza daripada makna denotasinya perlu diterjemahkan dengan kaedah yang sesuai. Penggunaannya secara meluas dalam bahasa seharian termasuk dalam akhbar dan media sosial menjadi cabaran besar kepada pengguna Melayu yang menggunakan Google Transla...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15727/2/37691-135046-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15727/ http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ungkapan idiom Arab sebagai bahasa figuratif yang berbeza daripada makna denotasinya perlu
diterjemahkan dengan kaedah yang sesuai. Penggunaannya secara meluas dalam bahasa
seharian termasuk dalam akhbar dan media sosial menjadi cabaran besar kepada pengguna
Melayu yang menggunakan Google Translate (GT) untuk menterjemahkannya dan mereka
perlu tahu teknik untuk menggunakannya secara optimum. Oleh itu, objektif kajian ini ialah
menganalisis dan membandingkan hasil penterjemahan ungkapan idiom Arab-Melayu antara
GT dengan terjemahan kamus menurut kaedah penterjemahan idiom dan merumuskan teknik
terbaik penterjemahan idiom Arab-Melayu menggunakan Google Translate. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis teks. Data diambil daripada 35 idiom yang
terdapat dalam Kamus Kontrastif Ungkapan idiom (KKUI) Arab-Arab dan Kamus Frasa
Idiomatik dan Ertinya (KFIADE) Arab-Melayu serta digunakan dalam korpus akhbar AlGhad(02) Jordan dalam ArabiCorpus. Sejumlah 105 data diterjemahkan menggunakan GT dan
seterusnya analisis dilakukan ke atas hasil terjemahan secara rinci melalui perbandingan
dengan KFIADE. Dapatan kajian menunjukkan kualiti terjemahan GT adalah lebih baik
apabila ungkapan idiom diterjemahkan bersama konteks ayat berbanding dengan
terjemahannya di luar konteks ayat. Di sebalik kelemahan utama GT yang menterjemah secara
harfiah, GT mampu menghasilkan terjemahan idiom yang baik dalam ragam ayat yang berbeza.
Analisis juga mendapati empat kaedah penterjemahan idiom juga telah dikesan berdasarkan
adaptasi kaedah penterjemahan metafora Newmark (1988). Kaedah paling banyak ialah
“menukarkan idiom kepada pengertian” oleh kedua-dua KFIADE dan GT. Kaedah fleksi juga
didapati menjadi kelebihan pada terjemahan KFIADE berbanding dengan GT namun, GT
boleh ditingkatkan ketepatannya sehingga 5.7% dengan memanipulasi data terjemahannya.
Teknik terbaik penterjemahan idiom Arab-Melayu menggunakan GT telah dicadangkan. |
---|