Kiyai Salleh bin Abd. Karim: amalan kebatinan Kumpulan Selempang Merah
Kumpulan Selempang Merah agak terkenal dengan perjuangan menentang komunis di negeri Johor terutama di bahagian Batu Pahat. Kumpulan ini terkenal dengan menggunakan selempang merah apabila sedang bertempur dengan pihak komunis. Kumpulan ini telah diketuai oleh Kiyai Salleh yang merupakan seorang...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15691/1/44181-141878-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15691/ http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1351 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kumpulan Selempang Merah agak terkenal dengan perjuangan menentang komunis di negeri
Johor terutama di bahagian Batu Pahat. Kumpulan ini terkenal dengan menggunakan
selempang merah apabila sedang bertempur dengan pihak komunis. Kumpulan ini telah
diketuai oleh Kiyai Salleh yang merupakan seorang pejuang untuk mempertahankan
kedaulatan agama dan juga bangsanya. Kumpulan Selendang Merah ini telah berjuang
menentang kezaliman dan kekejaman komunis dengan hanya menggunakan parang panjang.
Di samping menggunakan senjata fizikal, kumpulan ini juga menggunakan ayat-ayat atau
zikir-zikir tertentu bagi mensiapkan diri dalam sudut rohani bagi menentang komunis.
Terdapat beberapa pendapat menyatakan bahawa ilmu yang diturunkan oleh Kiyai Salleh ini
merupakan ilmu pendamping dengan jin kerana peluru yang ditembak oleh komunis kepada
mereka tidak lut pada badan dan menyatakan ini merupakan ilmu kebal yang diamalkan oleh
ahli kumpulan Selempang Merah. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan
zikir-zikir dan amalan yang diamalkan oleh kumpulan ini yang diturunkan oleh Kiyai Salleh
kepada pengikutnya berdasarkan catatan-catatan yang dibuat oleh beberapa individu yang
pernah menemubual ahli kumpulan Selempang Merah dan juga ahli keluarga Kiyai Salleh.
Berdasarkan kepada pengumpulan maklumat ini, dapat diperhatikan amalan yang diturunkan
oleh Kiyai Salleh merupakan amalan zikir harian dan tidak menyimpang daripada amalan
Islam. Amalan ini menjadi pendinding kepada pengamalnya apabila mereka yakin dengan
bantuan dan kekuasaan daripada Allah Yang Maha Kuasa. |
---|