Pengaruh persekitaran terhadap psikologi dalam kalangan pelajar dari perspektif kualiti hidup di Universiti Malaya

Persekitaran dan psikologi adalah dua skop kajian berbeza namun tidak dapat dipisahkan khususnya dalam mengukur tahap kualiti hidup seseorang. Secara umumnya, interaksi manusia dengan persekitaran mempengaruhi perilaku manusia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat perhubungan di antara p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairos Md Saini,, Rosmadi Fauzi,, Saripah Osman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15667/1/31737-98098-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15667/
http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1177
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persekitaran dan psikologi adalah dua skop kajian berbeza namun tidak dapat dipisahkan khususnya dalam mengukur tahap kualiti hidup seseorang. Secara umumnya, interaksi manusia dengan persekitaran mempengaruhi perilaku manusia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat perhubungan di antara persekitaran dan psikologi yang mempengaruhi tahap kualiti hidup pelajar. Kajian ini melibatkan 239 orang penghuni kolej kediaman di Universiti Malaya yang terlibat secara langsung dalam soal selidik. Kaedah analisis regresi diguna pakai untuk mengukur perhubungan diantara tiga bentuk persekitaran yang terdiri daripada fizikal, pengangkutan dan perhubungan, dan sosial dengan psikologi. Hasilnya mendapati ketiga-tiga jenis persekitaran berkenaan mempunyai perhubungan yang signifikan dengan psikologi di mana ketiga-tiga nilai p adalah ≤ 0.05. Manakala, nilai perhubungan (regresi) yang paling kuat antara ketiga-tiga persekitaran berkenaan adalah persekitaran fizikal yang diwakili dengan 68.04, disusuli dengan persekitaran sosial, 50.289 dan pengangkutan dan perhubungan, 43.525. Secara keseluruhannya, persekitaran mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap psikologi penghuni. Oleh itu, bagi memastikan tahap kualiti hidup pelajar yang tinggal di kolej kediaman Universiti Malaya dalam keadaan yang baik, faktor-faktor persekitaran berkenaan haruslah dititik beratkan.