Orientasi pasaran eksport dan prestasi eksport: satu kajian empirikal ke atas firma perabot di Malaysia
Konsep orientasi pasaran eksport adalah bidang strategik yang menarik dalam kajian pemasaran antarabangsa. Walaupun banyak kajian literatur telah dibongkar, namun kajian berikutan hubungan antara orientasi pasaran eksport dan prestasi eksport, terutamanya dalam konteks ekonomi negara membangun mas...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15658/1/27580-130395-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15658/ http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1283 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Konsep orientasi pasaran eksport adalah bidang strategik yang menarik dalam kajian pemasaran
antarabangsa. Walaupun banyak kajian literatur telah dibongkar, namun kajian berikutan hubungan antara
orientasi pasaran eksport dan prestasi eksport, terutamanya dalam konteks ekonomi negara membangun masih
kurang dijalankan. Tujuan kajian ini adalah merapatkan jurang pemahaman mengenai kejayaan pemasaran
antarabangsa dengan menjalankan satu kajian empirikal terhadap industri perabot di Malaysia. Secara
khususnya, kajian ini cuba merungkap hubungan antara tiga dimensi utama orientasi pasaran eksport, iaitu
penjanaan risikan pasaran eksport, penyebaran risikan pasaran eksport dan responsif kepada pasaran eksport,
dengan prestasi eksport. Kaedah penyelidikan kuantitatif melalui 213 borang soal selidik telah diperoleh
daripada pengarah dan pengurus atasan syarikat tempatan di Malaysia yang mengeksport perabot ke luar
negara. Analisis regresi berganda dilaksanakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil analisis menunjukkan
bahawa prestasi eksport dipengaruhi secara positif oleh penjanaan risikan pasaran eksport, penyebaran risikan
pasaran eksport dan responsif kepada pasaran eksport. Penemuan kajian ini dapat membantu pengurus dan
pembuat dasar dalam industri pengeksportan perabot, terutamanya dalam usaha membangunkan strategi yang
berkesan dan sesuai bagi meningkatkan prestasi firma di Malaysia dalam pengeksportan perabot di arena
antarabangsa pada tahap yang maksimum. |
---|