Pilihan raya dan politik Malaysia pasca PRU 2018: persaingan, dinamik dan implikasi

Situasi politik dan pilihan raya di Malaysia, selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), sangat menarik untuk diperhatikan. Terdapat empat Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada separuh penggal kedua 2018, selepas PRU 14. BN dan pembangkang tewas di kese...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Nadzri Mohamed Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15643/1/39012-123846-3-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15643/
http://ejournals.ukm.my/jebat/issue/view/1260
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Situasi politik dan pilihan raya di Malaysia, selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), sangat menarik untuk diperhatikan. Terdapat empat Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada separuh penggal kedua 2018, selepas PRU 14. BN dan pembangkang tewas di kesemua PRK itu dengan agak mudah kepada kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH). Namun dalam tahun 2019, fenomena yang berbeza berlaku. BN telah memenangi semua PRK yang ditandinginya (kecuali PRK Sandakan) meskipun mendapat tentangan yang hebat dari PH. Artikel ini, untuk itu, diasaskan untuk menelusuri dan menganalisis perkembangan politik Malaysia pasca PRU 2018 berfokuskan kepada dinamik persaingan parti di dalam sembilan PRK yang diadakan dari pertengahan 2018 ke penghujung 2019. Berdasarkan laporan media dan kajian kepustakaan, artikel ini membahaskan bagaimana sistem pilihan raya Malaysia yang bersifat multiparti sejak 2015 (persaingan antara BN, PH dan PAS) berubah dan kembali kompetitif bermula awal 2019, selepas mengalami kesuraman dalam separuh penggal kedua 2018. Artikel ini turut memberi refleksi terhadap implikasi dan dinamik politik Malaysia kontemporari dan ke arah PRU ke15, dengan pecahan ideologi dan budaya yang semakin ketara di kalangan masyarakatnya sejak PRU 14.