Kointegrasi antara perbelanjaan awam, hasil awam dan output bagi sektor terpilih
Dasar fiskal sememangnya penting dalam mencapai keseimbangan dan kestabilan ekonomi. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk menguji kointegrasi antara hasil awam, belanja awam dan output bagi sektor pertahanan, sektor keselamatan serta sektor tenaga dan air. Analisis ini penting memandang...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15589/1/jeko_54%281%29-4.pdf http://journalarticle.ukm.my/15589/ https://www.ukm.my/fep/jem/content/2020.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dasar fiskal sememangnya penting dalam mencapai keseimbangan dan kestabilan ekonomi. Justeru, objektif utama
kajian ini adalah untuk menguji kointegrasi antara hasil awam, belanja awam dan output bagi sektor pertahanan,
sektor keselamatan serta sektor tenaga dan air. Analisis ini penting memandangkan permintaan masyarakat terhadap
barangan awam di sektor tersebut menjadi semakin kompleks apabila pendapatan negara semakin meningkat seperti
kes Malaysia. Menerusi aplikasi model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) terhadap data siri masa fiskal bagi
tempoh 30 tahun bermula 1986 sehingga 2016, tiga dapatan penting telah diperolehi. Pertama, umumnya Malaysia
mengamalkan hipotesis belanja-hasil. Kedua, wujudnya teori Wagner bagi ketiga-tiga sektor terbabit. Ketiga,
sektor pertahanan serta sektor tenaga dan air mempraktiskan hipotesis hasil-belanja manakala sektor keselamatan
mengamalkan hipotesis pengasingan institusi. Kesemua dapatan ini menuntut agar pengukuhan fiskal dilakukan
dalam ketiga-tiga sektor terbabit bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi. |
---|