Pendekatan tazkiyah al-nafs dalam menangani masalah kemurungan

Kemurungan merupakan gangguan emosi berpunca daripada gaya pemikiran seseorang melibatkan persepsi kepada diri sendiri, kehidupan dan persekitarannya. Walaupun telah terdapat pelbagai kaedah dalam menangani kemurungan, namun masih terdapat peningkatan jumlah pesakit kemurungan bagi setiap tahun....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Ashidah Yahya,, Fariza Md. Sham,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15440/1/375-Article%20Text-1375-2-10-20200617.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15440/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemurungan merupakan gangguan emosi berpunca daripada gaya pemikiran seseorang melibatkan persepsi kepada diri sendiri, kehidupan dan persekitarannya. Walaupun telah terdapat pelbagai kaedah dalam menangani kemurungan, namun masih terdapat peningkatan jumlah pesakit kemurungan bagi setiap tahun. Islam juga memberikan panduan dalam usaha mengatasi masalah kemurungan dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT. Oleh itu, kajian ini membincangkan mengenai pendekatan tazkīyat al-nafs dalam menangani masalah kemurungan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Manakala, pengumpulan data kajian menggunakan kajian lepas seperti tesis, artikel, jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan agama amat penting dalam membantu individu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik. Usaha individu untuk sembuh dari kemurungan perlu selari dengan pendekatan agama supaya usaha yang dijalankan lebih berkesan kerana melibatkan proses pemulihan kerohanian dan kejiwaan. Salah satu daripada pendekatan agama ialah menggunakan pendekatan tazkīyat al-nafs. Pendekatan tazkīyat al-nafs dengan menggunakan proses mujāhadat al-nafs dan riyāḍat al-nafs dapat memandu individu dalam membuat keputusan yang betul, konsisten melakukan amalan yang baik dan memperoleh pahala sekiranya melakukan amalan tersebut. Amalan baik terdiri daripada solat, puasa dan berdoa. Pendekatan tazkīyat al-nafs juga menjadi proses penyembuhan dan pencegahan bagi kemurungan jika individu tersebut melakukan amalan yang baik secara istiqamah dan secara berterusan.