Cabaran dan strategi intervensi mencapai Graduate On Time (GOT) dalam kalangan pelajar siswazah UKM
Menamat pengajian siswazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu cabaran bagi pelajar Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah UKM. Kajian ini bertujuan untuk untuk meneroka cabaran pelajar siswazah menamat pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan mencadangkan strategi interve...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15422/1/37121-128790-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15422/ http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1277 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Menamat pengajian siswazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu cabaran
bagi pelajar Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah UKM. Kajian ini bertujuan untuk untuk
meneroka cabaran pelajar siswazah menamat pengajian mengikut tempoh masa yang
ditetapkan dan mencadangkan strategi intervensi meningkatkan pencapaian GOT (Graduate on
Time) dalam kalangan pelajar siswazah UKM. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 38 orang
pelajar siswazah iaitu seramai 17 orang pelajar siswazah yang berjaya mencapai GOT dan juga
21 orang pelajar yang tidak berjaya mencapai GOT. Data kajian ini dikumpul dengan
menggunakan soal selidik dan juga temubual dalam perbincangan kumpulan berfokus (focus
group). Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi mendapatkan
maklumat cabaran dan persekitaran pembelajaran siswazah di UKM. Data perbincangan
kumpulan diterjemahkan kepada tema-tema dengan analisis verbatim. Hasil kajian
menunjukkan majoriti siswazah yang mendapat GOT projeksikan cabaran utama mereka ialah
masalah kewangan dan bahan dan alat instrumen kajian tidak mencukupi. Manakala siswazah
yang tidak mendapat GOT pula menyatakan cabaran utama mereka ialah kesukaran
mengumpulkan data kajian, masalah rujukan terkini, sukar menerbitkan dalam jurnal berimpak tinggi dan masalah personaliti dan kendiri. Perbandingan antara siswazah yang mendapat GOT
dan tidak mendapat GOT mempunyai perbezaan yang sangat ketara dalam menyatakan
cabaran dan strategi untuk meningkatkan GOT dalam kalangan siswazah UKM pada masa
akan datang. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mewujudkan satu garis panduan model
strategi intervensi bagi mempertingkatkan peranan UKM dalam usaha melahirkan lebih ramai
graduan pascasiswazah yang berjaya mencapai GOT. |
---|