Faktor-faktor mempengaruhi tempoh penyelesaian kes siasatan cukai di Malaysia: perspektif pegawai pengurusan atasan LHDNM

Siasatan cukai adalah tindakan penguatkuasaan bagi mengutip cukai kebelakangan daripada aktiviti pengelakan dan pelarian cukai. Oleh itu penyelesaian sesuatu kes siasatan cukai amat penting dalam memastikan hasil cukai sebenar yang sepatutnya dikutip. Bagaimanapun, kajian lepas mendapati majoriti ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Helmy Mohd Daud,, Rosiati Ramli,, Romlah Jaffar,, Mohd Mohid Rahmat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15301/1/32494-100836-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15301/
http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1184
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Siasatan cukai adalah tindakan penguatkuasaan bagi mengutip cukai kebelakangan daripada aktiviti pengelakan dan pelarian cukai. Oleh itu penyelesaian sesuatu kes siasatan cukai amat penting dalam memastikan hasil cukai sebenar yang sepatutnya dikutip. Bagaimanapun, kajian lepas mendapati majoriti kes siasatan cukai melibatkan tempoh penyelesaian yang lebih lama daripada yang disarankan dan mengakibatkan kelewatan dalam kutipan cukai kebelakangan. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tempoh penyelesaian kes siasatan cukai. Kajian ini telah memilih untuk menemubual empat pegawai atasan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggunakan kaedah temu bual separa struktur bagi mendapat penjelasan yang baik. Hasil menunjukkan empat faktor yang mempengaruhi tempoh penyelesian kes siasatan cukai iaitu kecekapan pegawai LHDNM, strategi penguatkuasaan, penalti cukai, dan teknik siasatan. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor undang-undang cukai tidak mempengaruhi tempoh penyelesaian kes siasatan cukai. Berdasarkan pemerhatian kajian lepas, kajian ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan responden dari kalangan pembuat dasar dan polisi siasatan cukai. Hasil kajian ini dapat membantu orang ramai khususnya pembayar cukai untuk memahami mengapa siasatan cukai mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.