Had fungsi rumah perantaraan sebagai penempatan sementara untuk bekas banduan di Malaysia
Kejayaan sistem keadilan jenayah di Malaysia dalam menubuhkan program rumah perantaraan untuk bekas banduan yang dibebaskan harus dibanggakan. Hal ini selari dengan usaha pelbagai negara maju dalam menyediakan sebuah penempatan buat bekas banduan yang dibebaskan dari penjara. Idea utama adalah bag...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15012/1/24259-106498-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15012/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejayaan sistem keadilan jenayah di Malaysia dalam menubuhkan program rumah perantaraan untuk bekas
banduan yang dibebaskan harus dibanggakan. Hal ini selari dengan usaha pelbagai negara maju dalam
menyediakan sebuah penempatan buat bekas banduan yang dibebaskan dari penjara. Idea utama adalah bagi
memastikan transisi bekas banduan berjalan lancar dari kehidupan di dalam penjara untuk masuk ke dalam
kehidupan masyarakat berkomuniti. Rumah perantaraan ini adalah begitu penting buat bekas banduan yang
mengalami masalah ketiadaan rumah untuk ditujui selepas dibebaskan. Situasi ini terjadi akibat penolakan
keluarga yang membuatkan bekas banduan ini tidak tahu hala tuju selepas dibebaskan. Pengumpulan data
kertas konsep ini adalah bersifat kualititatif dengan mengunakan kaedah ulasan literatur dari kajian-kajian
terdahulu untuk menyokong perbincangan ini. Maklumat-maklumat yang realistik daripada ulasan literatur
daripada pengalaman negara maju digunakan dalam merangka program-program yang bersesuaian yang
dapat disuntik ke dalam rumah perantaraan sedia ada. Hasil perbincangan kertas konsep ini mendapati
program rumah perantaraan yang diadakan mempunyai had fungsi tersendiri. Perbincangan yang dilakukan
telah mendapati wujudnya had fungsi dari segi ketiadaan program penempatan pekerjaan, program antipenyalahgunaan
dadah dan program pengukuhan kekeluargaan. Hal ini kerana peluang pekerjaan, bebas
dari sebarang penyalahgunaan dadah serta dapat bersatu semula dengan keluarga dilihat sebagai elemenelemen
yang sangat penting dalam memastikan integrasi bekas banduan yang lancar. Keadaan ini membawa
kepada usaha untuk mencadangkan elemen-elemen ini sebagai program sepanjang bekas banduan menyertai
rumah perantaraan ini. Diharap kertas konsep ini dapat menjadi panduan kepada sistem keadilan jenayah
dalam memperbaiki program rumah perantaraan sedia ada ini. |
---|