Eko-kritik dalam puisi Melayu
Perjuangan tentang kelestarian alam sekitar merupakan satu fenomena universal yang terdapat di seluruh dunia. Pencemaran udara, air sungai dan laut serta penerokaan hutan antara faktor yang menggugat kesejahteraan kehidupan. Pelbagai medium digunakan dalam mendidik dan memberi kesedaran umum tenta...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14990/1/31246-100752-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14990/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perjuangan tentang kelestarian alam sekitar merupakan satu fenomena universal yang terdapat di seluruh dunia.
Pencemaran udara, air sungai dan laut serta penerokaan hutan antara faktor yang menggugat kesejahteraan
kehidupan. Pelbagai medium digunakan dalam mendidik dan memberi kesedaran umum tentang kepentingan
kelestarian alam demi kerukunan kehidupan. Penulisan kesusasteraan merupakan salah satu kaedah yang dapat
dinyatakan melalui novel, cerpen, puisi dan drama. Marzuki Ali merupakan seorang penyair dan aktivis teater
yang memulakan karier awal tahun 80-an mempunyai satu gaya atau ‘signature’ dalam memperjuangkan alam
sekitar. Karya-karya yang bersifat eko-kritik mendominasi keseluruhan karya-karya puisi beliau. Kumpulan
puisi Jeritan Satwa Luka (2000), Bungkau Rimba Hujan Tropika (2008), Khazanah Segala Rimbun (2011) dan
drama Dasila: Racau Satwa Rimba Tropika (terbitan dalam Dewan Sastera Disember 2015-Februari 2016)
merupakan satu sekuel puisi beliau yang berlatarkan subjek alam sekitar. Ekologi, etika ekologi dan bahasa
yang mendasari elemen eko-kritik turut menjadi unsur-unsur dominan dalam karya-karyanya. Pembangunan
fizikal dan penerokaan hutan tanpa kawalan yang menggugat kelestarian flora fauna alam rimba yang menjadi
subjek dalam teks turut menggabungkan maklumat dan ilmu sains, geografi dan sejarah. Ianya memperlihatkan
karya tersebut bersifat didaktik serta berupaya menjadi rujukan kepada masyarakat umum. Keberanian,
kelantangan dan keprihatinan Marzuki Ali dalam memperjuangkan alam sekitar telah memperlihatkan satu
kronologi proses kreatifnya. Makalah ini akan memfokuskan bagaimana penyair mengangkat isu alam sekitar
dalam karya kreatif Marzuki Ali yang menjadi refleksi kepada pemikirannya yang bertunjang kepada alam
sekitar sebagai khazanah warisan yang akan datang. |
---|