Kedah di kancah peperangan Konbaung dan Chakri
Kejatuhan Ayutthaya pada tahun 1767 yang diakibatkan oleh serangan Konbaung telah menyebabkan negeri-negeri yang terletak di bahagian selatan dan berada di bawah kerajaan ini berjaya membebaskan diri. Antara negeri yang dimaksudkan termasuklah negeri Kedah yang dianggap sebagai sebuah negeri naungan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14885/1/jatma-2020-0802-08.pdf http://journalarticle.ukm.my/14885/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejatuhan Ayutthaya pada tahun 1767 yang diakibatkan oleh serangan Konbaung telah menyebabkan negeri-negeri yang terletak di bahagian selatan dan berada di bawah kerajaan ini berjaya membebaskan diri. Antara negeri yang dimaksudkan termasuklah negeri Kedah yang dianggap sebagai sebuah negeri naungan Siam. Sepanjang tempoh tersebut, satu hubungan bilateral antara masyarakat Myanmar dengan masyarakat Melayu Kedah telahpun wujud. Perhubungan ini dikatakan berakhir apabila kerajaan Konbaung dan Ava dikalahkan oleh British pada tahun 1824. Namun begitu, setakat ini, belum ada lagi kajian di Malaysia yang dapat menjelaskan hubungan yang jelas di antara kerajaan lama di Myanmar dengan Kedah secara mendalam. Kajian sedia ada hanya bertumpu kepada peperangan yang melibatkan Ligor-Bangkok dari tahun 1821 hingga 1840. Sedangkan ketika Siam dan Burma berada di kemuncak kuasa, Kedah dikatakan berada di tengah-tengah dan terpaksa memilih sama ada untuk bernaung di bawah salah satu kerajaan tersebut. Beberapa siri serangan dan bukti hubungan yang menjelaskan hubungan Siam dan Kedah menawarkan beberapa dapatan yang mencungkil bukti bahawa Kedah pernah mempunyai hubungan dengan kerajaan tradisi Myanmar terutamanya daripada sudut perdagangan dan pelayaran. |
---|