Mobiliti pekerja migran tidak mahir ke Malaysia: implikasi sosial dan perundangan negara
Malaysia memiliki perancangan pembangunan ekonomi yang rancak menjelang Transformasi Nasional 2050. Pembangunan ini berkait rapat dengan keperluan kepada kelestarian sumber buruh yang diperlukan untuk menggerakkan perancangan ini. Bersama-sama dengan sumber buruh tempatan, sumber migran daripada l...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14864/1/36985-116656-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14864/ http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1243 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia memiliki perancangan pembangunan ekonomi yang rancak menjelang Transformasi Nasional 2050.
Pembangunan ini berkait rapat dengan keperluan kepada kelestarian sumber buruh yang diperlukan untuk
menggerakkan perancangan ini. Bersama-sama dengan sumber buruh tempatan, sumber migran daripada luar negara
menjadi pilihan majikan yang kebanyakan mereka tergolong kepada pekerja tidak mahir yang dibawa masuk secara
sah, dieksploitasi sebagai mangsa pemerdagangan manusia atau diseludup masuk ke Malaysia secara tanpa izin untuk
memenuhi keperluan pelbagai sektor ekonomi. Ini membina fenomena lambakan pekerja migran tidak mahir. Situasi
kurang sihat ini mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara. Sebagai imbalan, pelbagai dasar dibentuk oleh
kerajaan untuk mengawal keadaan tetapi masih kurang berkesan bagi mengatasi persoalan mobiliti retas sempadan
hampir tanpa had. Kesannya, ia memburukkan lagi masalah sosial dan perundangan melibatkan pekerja migran
dengan berlakunya kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI). Faktor penarikan dan penolakan ini menimbulkan kesan
kepada masyarakat tempatan serta pencerobohan terhadap sempadan negara akibat aktiviti tidak sihat yang dibawa
bersama dengan mobiliti dan kemasukan secara haram. Ini menjejaskan keselamatan dan citra Malaysia sebagai
negara berdaulat. Pengalaman negara luar dalam mengurus pekerja tidak mahir dirujuk untuk memahami masalah
penggajian pekerja tidak mahir. Artikel ini akan menyingkap faktor keperluan negara terhadap pekerja migran
mahir, sektor ekonomi yang menggaji pekerja migran tidak mahir, kelayakan kemasukan sebagai pekerja migran
sah; permasalahan pencerobohan sempadan negara; implikasi lambakan pekerja migran tidak mahir dalam sektor
ekonomi, keselamatan masyarakat sosial dan pematuhan terhadap perundangan negara. |
---|