Kajian persepsi arkitek terhadap pelaksanaan bumbung hijau di Malaysia: faedah, halangan dan cadangan

Pelaksanaan bumbung hijau sebagai kaedah mampan untuk menangani kesan pulau haba bandar masih baru di Malaysia. Walaupun bumbung hijau belum diuji pada skala bandar, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa bumbung hijau dapat mengurangkan impak perbandaran dan meningkatkan kualiti alam sekitar. Pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Hafizzudin Md. Zahir,, Chin, Ong Woon, Sudharshan N. Raman,, Mohd. Farid Mohamed,, Zulkifli Mohd. Nopiah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14833/1/24.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14833/
http://www.ukm.my/jkukm/volume-312-2019/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan bumbung hijau sebagai kaedah mampan untuk menangani kesan pulau haba bandar masih baru di Malaysia. Walaupun bumbung hijau belum diuji pada skala bandar, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa bumbung hijau dapat mengurangkan impak perbandaran dan meningkatkan kualiti alam sekitar. Pelaksanaannya yang rendah di Malaysia adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti faktor kos dan kekurangan kesedaran di kalangan penggiat industri pembinaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi arkitek tempatan terhadap pelaksanaan bumbung hijau dan mengenal pasti faedah, halangan dan cadangan untuk menangani halangan pelaksanaan bumbung hijau. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk menilai pandangan arkitek tempatan terhadap sepuluh faedah, sembilan halangan pelaksanaan bumbung hijau dan lapan cadangan untuk menangani halangan bumbung hijau. Keputusan yang didapati menunjukkan bahawa faedah bumbung hijau yang paling penting adalah untuk mengurangkan kesan pulau haba bandar (N = 8.14), manakala faedah bumbung hijau yang paling lemah adalah untuk meningkatkan penebat haba bumbung (N = 3.73). Halangan untuk melaksanakan bumbung hijau yang paling penting adalah kekangan pelaksanaan daripada pelanggan (N = 4.22), manakala halangan untuk melaksanakan bumbung hijau yang paling lemah adalah kerana arkitek kurang yakin dengan faedah bumbung hijau (N = 2.62). Cadangan untuk menangani halangan pelaksanaannya yang paling penting adalah melalui memperbanyakan insentif kepada penggiat bumbung hijau (N = 4.37), manakala cadangan yang paling lemah merupakan membawa masuk kepakaran luar dan pertukaran teknologi (N = 3.65). Hasil kajian ini dapat membantu mempromosikan pelaksanaan bumbung hijau di Malaysia dan meningkatkan penyumbangan bumbung hijau kepada persekitaran dalaman dan luaran bangunan.