Ciri fizikal dan mikroskopi anatomi kayu Malvaceae subfamili Bombacoideae dan Helicteroideae

Kajian mengenai ciri fizikal dan mikroskopi anatomi kayu telah dijalankan pada 36 spesies Malvaceae subfamili Bombacoideae (genus Bombax) dan Helicteroideae (genus Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia) di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan kesesuaian penempatan genus Bombax...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Nordahlia Abdullah Siam,, Noraini Talip,, Chung, Richard Cheng Kong, Lim, Seng Choon
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
オンライン・アクセス:http://journalarticle.ukm.my/14754/1/ARTIKEL%201.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14754/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil2_2020/KandunganJilid49Bil2_2020.html
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian mengenai ciri fizikal dan mikroskopi anatomi kayu telah dijalankan pada 36 spesies Malvaceae subfamili Bombacoideae (genus Bombax) dan Helicteroideae (genus Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia) di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan kesesuaian penempatan genus Bombax dan Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia di bawah subfamili berbeza iaitu Bombacoideae and Helicteroideae dengan membandingkan hasil analisis fenetik berangka dan pengelasan berdasarkan molekul DNA; menentukan kesesuaian penempatan kelompok Helicteroideae: Durioneae di bawah subfamili Helicteroideae bersama dengan genus kelompok Helicteroideae s.s.; dan menyemak status Boschia sama ada sebagai genus tersendiri atau perlu digabungkan dengan Durio. Hasil analisis fenetik berangka menyokong cadangan pengelasan berdasarkan molekul DNA yang mengasingkan Bombax (Bombacoideae) daripada subfamili Helicteroideae. Keputusan analisis fenetik berangka juga menunjukkan bahawa kelompok Helicteroideae: Durioneae (Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia) perlu dikeluarkan daripada subfamili Helicteroideae dan dicadangkan untuk diletakkan di bawah subfamili baharu iaitu Durionoideae. Sebaliknya, kajian ini menolak cadangan pengelasan yang menaikkan subfamili Bombacoideae kepada famili Bombacaceae, subfamili Helicteroideae s.s. kepada famili Helicteradaceae dan subfamili Helicteroideae: Durioneae kepada famili Durionaceae. Hasil analisis fenetik berangka menunjukkan Boschia perlu digabungkan dengan Durio.