Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan?

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara dimensi-dimensi guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Kaedah kuantitatif melalui soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data. Seramai 458 orang pelajar tingkatan empat dipilih sebagai responden kajian melalui teknik pensampelan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rohani Arbaa,, Hazri jamil,, Nordin Abd Razak,
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1465/1/Bab_5.1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/1465/
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara dimensi-dimensi guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Kaedah kuantitatif melalui soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data. Seramai 458 orang pelajar tingkatan empat dipilih sebagai responden kajian melalui teknik pensampelan kelompok pelbagai peringkat. Borang soal selidik yang mengandungi empat konstruk iaitu komitmen belajar pelajar, penguasaan isi kandungan mata pelajaran, kemahiran penyampaian pengajaran guru dan hubungan guru-pelajar telah diedarkan kepada pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang sederhana antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen pelajar. Hubungan guru-pelajar dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen belajar pelajar. Secara relatifnya, pelajar perempuan menunjukkan komitmen belajar yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki, manakala status sosioekonomi pelajar didapati tidak mempengaruhi komitmen belajar pelajar.Kajian ini menunjukkan bahawa hubungan guru-pelajar adalah faktor yang signifikan dalam meningkatkan komitmen belajar pelajar.