Pemetaan geotapak Pulau Ular di Langkawi, Malaysia

Pemetaan Geotapak untuk Pulau Ular telah dijalankan menggunakan kaedah penderiaan jauh yang melibatkan data peta topografi, gambar udara, imej satelit serta gambar yang diambil menggunakan dron. Analisis penderiaan jauh ini menghasilkan peta geomorfologi. Langkah seterusnya adalah melakukan kerja la...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamal Roslan Mohamed,, Tanot Unjah,, Che Aziz Ali,, Mohamad Hanif Kamal Roslan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14433/1/21%20Kamal%20Roslan%20Mohamed.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14433/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil11_2019/KandunganJilid48Bil11_2019.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemetaan Geotapak untuk Pulau Ular telah dijalankan menggunakan kaedah penderiaan jauh yang melibatkan data peta topografi, gambar udara, imej satelit serta gambar yang diambil menggunakan dron. Analisis penderiaan jauh ini menghasilkan peta geomorfologi. Langkah seterusnya adalah melakukan kerja lapangan yang akhirnya menghasilkan satu peta geologi. Cerapan lapangan telah dapat mengenal pasti fitur geologi dan landskap yang penting dan menarik, dan sebanyak 10 lokaliti atau tapak telah dikenal pasti mempunyai fitur geologi atau landskap yang penting kepada pemahaman sejarah pembentukan pulau ini, antaranya kepelbagaian jenis batuan, fosil, struktur sedimen, struktur tektonik dan fitur hakisan. Berdasarkan semua maklumat yang diperoleh ini, peta geotapak Pulau Ular telah dibangunkan dan boleh digunakan dalam membuat perancangan pemuliharaan dan pembangunan geopelancongan.