Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen indeks pemupukan kreativiti dalam pengajaran guru dengan elemen Islam (I-CFTI) berdasarkan pendekatan model Rasch

Pengajaran yang memupuk kreativiti merupakan pendekatan pengajaran yang dianggap penting selari dengan aspirasi negara yang ingin melahirkan generasi kreatif dan inovatif. Instrumen yang sering diguna pakai untuk mengukur pemupukan kreativiti guru adalah Creativity Fostering Teacher Index (CFTI). In...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashimah Md Yusoff,, Mohd Isa Hamzah,, Shahlan Surat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14392/1/9.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14392/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran yang memupuk kreativiti merupakan pendekatan pengajaran yang dianggap penting selari dengan aspirasi negara yang ingin melahirkan generasi kreatif dan inovatif. Instrumen yang sering diguna pakai untuk mengukur pemupukan kreativiti guru adalah Creativity Fostering Teacher Index (CFTI). Instrumen ini telah diguna pakai secara piawai di kebanyakan negara di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, instrumen ini didapati kurang sesuai untuk diguna pakai oleh guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam kerana kreativiti yang dipromosikan oleh barat adalah berbeza dengan kreativiti yang dianjurkan oleh Islam. Oleh itu, tujuan kertas kajian ini adalah untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan instrumen CFTI yang diubah suai dengan penerapan elemen Islam (Islamic Creativity Fostering Teacher Index-I-CFTI). Bagi memeriksa kefungsian item dan mengesan kesahan serta kebolehpercayaan, model pengukuran Rasch digunakan. Instrumen I-CFTI ini menjalani peringkat pembinaan item dengan melalui proses penulisan item, penghakiman panel pakar dan semakan item. Manakala bagi peringkat pengesahan item pula, I-CFTI menjalani proses kajian rintis, analisis kebolehpercayaan dan kesahan serta penambahbaikan item. Dapatan akhir menunjukkan sebanyak 7 item digugurkan (4 daripada item asal dan 3 daripada item elemen Islam) kerana tidak menepati kriteria pemeriksaan. Analisis ini menghasilkan instrumen I-CFTI sebanyak 46 item dan sesuai diguna pakai oleh guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam.