Analisis teleologi penyelidikan sains berdasarkan mukadimah adikarya Al-Khawarizmi, Ibn Al-Haytham dan Al-Biruni

Tauhid dalam pandangan alam Islam merupakan tunjang bagi segala perkara yang dilakukan oleh seorang Muslim. Perkara ini dengan jelas disampaikan melalui al- Quran dan hadis Rasulullah SAW. Oleh itu, makalah ini berhujah bahawa saintis Muslim silam mempunyai keimanan yang mendalam dan meletakkan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Syahmir Alias,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14274/1/36884-116346-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14274/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1239
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tauhid dalam pandangan alam Islam merupakan tunjang bagi segala perkara yang dilakukan oleh seorang Muslim. Perkara ini dengan jelas disampaikan melalui al- Quran dan hadis Rasulullah SAW. Oleh itu, makalah ini berhujah bahawa saintis Muslim silam mempunyai keimanan yang mendalam dan meletakkan matlamat akhir bahawa semua ilmu adalah milik Allah SWT. Dalam falsafah, kajian yang menjurus kepada matlamat akhir ini diistilahkan sebagai teleologi. Bagi mengembalikan semula sains yang bertunjangkan tauhid, makalah ini cuba meneliti pemikiran beberapa orang saintis Muslim silam bagi menyingkap matlamat penyelidikan sains melalui penulisan mereka. Sampel data yang dikutip hanyalah dihadkan kepada mukadimah atau prakata adikarya, manakala adikarya saintis Muslim silam yang dimaksudkan ditumpukan kepada karya al-Khawarizmi, Ibn al-Haytham dan al-Biruni. Hasil daripada analisis kandungan yang dilakukan, didapati keinginan mereka untuk memperoleh kebenaran dan keberkatan dalam penyelidikan menjadi asas yang menghubungkan kajian mereka dengan kefahaman teleologi sains dalam Islam.