Keberkesanan Geographic Information System (GIS) dalam mencungkil minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi di sekolah menengah

Kemajuan teknologi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 amat dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Senario kini, mata pelajaran Geografi di Malaysia semakin terpinggir khususnya bagi peringkat Siji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ganesan Mayalagu,, Mokhtar Jaafar,, Lam, Kuok Choy, Mohd Izwan Mahmud,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14202/1/32870-114158-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14202/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemajuan teknologi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 amat dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Senario kini, mata pelajaran Geografi di Malaysia semakin terpinggir khususnya bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini turut semakin berkurang. Justeru, penggunaan Geographic Information System (GIS) dalam PdPc Geografi dilihat sebagai satu wadah baharu dalam meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi di sekolah. Dalam kajian ini reka bentuk penyelidikan eksperimen tulen digunakan yang melibatkan Kumpulan Eksperimen (KE); dengan intervensi teknologi geospatial dan Kumpulan Kawalan (KK); dengan kaedah konvensional dalam PdPc digunakan. Kajian ini turut menguji keberkesanan penggunaan GIS berasaskan modul GIS-KBR dalam meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Hasil analisis ANCOVA satu hala pada aras signifikan .05 menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi pemboleh ubah minat. Hasil dapatan turut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pasca antara kumpulan KE dan KK. Tuntasnya, hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan aktiviti GIS berasaskan modul GIS-KBR ini meningkatkan minat dalam kalangan pelajar Geografi berdasarkan pembuktian tahap minat kumpulan eksperimen yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.