Analisis perbandingan penanda wacana pernyataan semula bahasa Melayu iaitu dan bahasa Sepanyol esto es

Artikel ini membincangkan mengenai penanda wacana iaitu dalam Bahasa Melayu, dan esto es dalam bahasa Sepanyol, yakni dalam proses wacana yang dinamakan Pernyataan Semula Parafrasa (Paraphrastic Reformulation). Proses Pernyataan Semula Parafrasa (PSP) adalah proses menjelaskan semula sesuatu mese...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhayati Alias,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14113/1/34845-114281-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14113/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1227
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan mengenai penanda wacana iaitu dalam Bahasa Melayu, dan esto es dalam bahasa Sepanyol, yakni dalam proses wacana yang dinamakan Pernyataan Semula Parafrasa (Paraphrastic Reformulation). Proses Pernyataan Semula Parafrasa (PSP) adalah proses menjelaskan semula sesuatu mesej atau idea yang dianggap kabur, kurang jelas atau tidak mencukupi. Proses ini dinilai berdasarkan kesamaan yang wujud di antara dua segmen yang dihubungkan. Sehubungan ini, proses pernyataan semula parafrasa menunjukkan usaha dan kemampuan seseorang peserta sesebuah komunikasi wacana itu, samada lisan atau bukan lisan, memilih formula linguistik yang dirasakan paling sesuai untuk digunakan bagi menjelaskan maksud yang ingin disampaikan (Garcés, 2008). Kajian ini dijalankan dengan melakukan analisis terhadap teks ilmiah dan saintifik dalam bahasa Melayu dan Sepanyol. Dapatan menunjukkan bahawa kedua-dua penanda wacana yang dikaji, iaitu dan esto es mempunyai fungsi utama yang sama, iaitu sebagai penjelas dan penerang terhadap idea yang telah diungkapkan sebelumnya. Selain dari itu, dari segi penyebaranya dalam binaan wacana, keduadua penanda wacana tersebut, iaitu dan esto es berada pada kedudukan di tengah-tengah, iaitu di antara dua segmen yang dihubungkan.