Impak kekangan kewangan dan pemilikan ke atas produktiviti firma di Malaysia
Sumber kewangan merupakan faktor yang penting dalam keputusan pelaburan. Akses kepada sumber kewangan pula merupakan penentu kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan firma. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kesan kekangan kewangan, serta jenis dan struktur pemilikan ke...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14067/1/jeko_53%281%29-5.pdf http://journalarticle.ukm.my/14067/ http://www.ukm.my/fep/jem/content/2019.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sumber kewangan merupakan faktor yang penting dalam keputusan pelaburan. Akses kepada sumber kewangan
pula merupakan penentu kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan firma. Kertas ini
bertujuan untuk mengkaji kesan kekangan kewangan, serta jenis dan struktur pemilikan ke atas produktiviti firma.
Kajian ini menggunakan data tahunan firma yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dari tahun 2000 hingga
2015. Kajian ini menggunakan pendekatan Kaedah Momen Teritlak (GMM) sistem untuk menganalisis impak kekangan
kewangan, pemilikan dan pemboleh ubah kawalan lain ke atas produktiviti. Hasil kajian mendapati kekangan kewangan,
serta jenis dan struktur pemilikan mempunyai impak yang berbeza ke atas produktiviti firma. Dengan menggunakan
analisis sub-sampel firma kerajaan, firma swasta dan firma asing, keputusan kajian mendapati firma asing paling
dipengaruhi oleh kekangan kewangan diikuti firma kerajaan dan firma swasta. Dalam situasi kecairan negatif, kekangan
kewangan yang dihadapi firma kerajaan dan swasta meningkat. Manakala, eksport pula berjaya mengurangkan impak
kekangan kewangan ke atas firma asing sahaja. Keputusan analisis struktur pemilikan pula mendapati bahawa ia tidak
mempengaruhi produktiviti firma. Maka, bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik, penggubal dasar perlu
merangka strategi untuk memberi sokongan dalam aspek kewangan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan
pertumbuhan firma-firma tempatan di Malaysia. |
---|