Pembangunan dan penilaian modul pengajaran STEM bagi bidang pembelajaran statistik dan kebarangkalian dalam KSSM Matematik Tingkatan dua
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran STEM bagi bidang Statistik dan Kebarangkalian dalam KSSM Matematik Tingkatan 2 serta menentukan kebolehgunaannya. Ini berikutan daripada keputusan ujian TIMSS yang menunjukkan tajuk kebarangkalian mempunyai skor terendah, manakala anali...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13870/1/jqma-15-2-paper3.pdf http://journalarticle.ukm.my/13870/ http://www.ukm.my/jqma/current.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran STEM bagi bidang Statistik dan Kebarangkalian dalam KSSM Matematik Tingkatan 2 serta menentukan kebolehgunaannya. Ini berikutan daripada keputusan ujian TIMSS yang menunjukkan tajuk kebarangkalian mempunyai skor terendah, manakala analisis keperluan menunjukkan peratusan yang tertinggi. Proses pembangunan modul adalah berasaskan Model ADDIE, penerapan konsep STEM serta Teori Pembelajaran berasaskan inkuiri. Seterusnya, bagi memperoleh kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul, kajian ini melibatkan 4 orang pakar bidang dan 42 orang guru Matematik. Dapatan menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahan yang baik dengan peratusan persetujuannya 92%. Nilai alfa Cronbach 0.97 juga menunjukkan kebolehpercayaan modul adalah sangat baik. Hasil analisis kebolehgunaan modul pula menunjukkan peratusan persetujuannya adalah tinggi. Modul ini dapat memberikan impak positif terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) STEM khususnya bagi bidang pembelajaran Statistik dan Kebarangkalian. Pembangunan pengetahuan berasaskan pedagogi baharu dijangka berupaya mengubah amalan sedia ada guru sekali gus dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru Matematik supaya lebih kritis dan kreatif semasa PdPc dijalankan. Diharapkan juga melalui pembangunan modul ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang kelebihan penggunaan modul semasa sesi PdPc dijalankan serta boleh dijadikan rujukan oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM. |
---|