Analisis Taksonomi Bloom dalam penilaian vokasional: pembangunan suatu Taksonomi baharu menggunakan Teknik Delphi
Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan kelemahan Taksonomi Bloom dalam mengelaskan domain vokasional dan mencadangkan suatu taksonomi yang baharu. Kajian pembangunan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Tatakaedah kajian menggunakan Teknik Delphi yang temu bual bersama tujuh...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13865/1/jqma-15-1-paper6.pdf http://journalarticle.ukm.my/13865/ http://www.ukm.my/jqma/jqma15_1a.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan kelemahan Taksonomi Bloom dalam mengelaskan domain vokasional dan mencadangkan suatu taksonomi yang baharu. Kajian pembangunan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Tatakaedah kajian menggunakan Teknik Delphi yang temu bual bersama tujuh orang pakar bidang pendidikan vokasional telah dijalankan bagi memperoleh kesepakatan mengenai pembangunan taksonomi vokasional. Hasil dapatan temu bual akan membentuk item instrumen soal selidik bagi kegunaan sesi pusingan selanjutnya. Manakala, pusingan kedua dan ketiga menggunakan soal selidik yang telah dibina dan ditadbirkan kepada tujuh orang pakar yang sama. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah tematik. Data pusingan kedua dan ketiga dianalisis menggunakan statistik perihalan, iaitu skor mod, median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Dapatan kajian melalui temu bual dan soal selidik telah mengenal pasti dan mengesahkan enam domain utama taksonomi vokasional, iaitu pengetahuan, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, visualisasi, penyelesaian masalah dan kemahiran inventif. Implikasi kajian ini adalah taksonomi vokasional dapat memberikan impak terhadap bidang vokasional dari aspek pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, amali dan penilaian. |
---|