Cabaran dalam pelaksanaan program pembangunan modal insan (PMI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Modal insan merupakan aset penting bagi kelangsungan organisasi. Modal insan yang lemah tidak mampu menyumbang secara efektif kepada organisasi. Oleh itu, modal insan perlu dibangunkan melalui program-program bersesuaian agar potensi mereka dapat dikembangkan ke tahap maksimum. Antara institusi I...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13850/1/32806-102543-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13850/ http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1186 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Modal insan merupakan aset penting bagi kelangsungan organisasi. Modal insan yang
lemah tidak mampu menyumbang secara efektif kepada organisasi. Oleh itu, modal
insan perlu dibangunkan melalui program-program bersesuaian agar potensi mereka
dapat dikembangkan ke tahap maksimum. Antara institusi Islam yang memainkan
peranan penting di Malaysia ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
yang menguruskan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Institusi tersebut memerlukan
modal insan yang cekap untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan
mampu memenuhi kehendak pelanggan. Namun begitu, terdapat cabaran dalam
melaksanakan program pembangunan modal insan (PMI) di institusi ini. Sorotan
literatur menunjukkan kajian empirikal mengenai program PMI di institusi ini
masih kurang dijalankan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat cabaran
pelaksanaan program PMI yang dilaksanakan di JAKIM. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif dengan menggunakan JAKIM sebagai kajian kes. Seramai 15 orang informan telah ditemu bual dalam kajian ini. Data telah dianalisis menggunakan
kaedah analisis tema dengan bantuan perisian ATLAS-Ti. Hasil kajian menunjukkan
terdapat enam cabaran pelaksanaan program PMI yang dilaksanakan di JAKIM iaitu
kandungan latihan tidak menarik, kurang komitmen terhadap program pengajian,
kelemahan pengurusan sumber manusia (PSM), kualiti kerja yang kurang strategik,
keengganan pegawai menghadiri kursus dan cabaran-cabaran lain. Program PMI
mampu membawa pelbagai faedah positif kepada organisasi. Oleh itu, para pengurus
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut di
organisasi masing-masing. |
---|