Dakwah Syeikh Nazim al-Qubrusi: antara penerimaan dan penolakan

Syeikh Nazim al-Qubrusi adalah seorang tokoh ulama kontroversi yang pernah mencetuskan polemik ideologi tasawuf beliau sehingga mendapat perhatian di kalangan beberapa buah Institusi Agama Islam Islam di Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan dan Kedah. Beliau dikatakan mendakwa bahawa beliau m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman,, Mohd Haidhar Kamarzaman,, Kamarudin Salleh,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13818/1/343-Article%20Text-1312-1-10-20191214.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13818/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/24
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Syeikh Nazim al-Qubrusi adalah seorang tokoh ulama kontroversi yang pernah mencetuskan polemik ideologi tasawuf beliau sehingga mendapat perhatian di kalangan beberapa buah Institusi Agama Islam Islam di Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan dan Kedah. Beliau dikatakan mendakwa bahawa beliau membawa tarekat Naqshabandiyyah dari jalur Haqqani, bahkan merupakan syeikh dalam jalur tersebut. Walaubagaimanapun sebahagian dari kalangan syeikh dari tarekat yang sama dikatakan menolak pengiktirafan tersebut pada beliau. Kajian ini berusaha mengkaji latarbelakang dakwah al-Qubrusi dalam dunia tarekat dan pandangan ulama terhadap beliau. Kajian ini juga mengkaji ideologi beliau mengenai dakwah beliau terhadap akidah pengikutnya dalam kebanyakan buku yang ditulis beliau dan muridnya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang menggunakan metode analisis perbandingan, analisis kandungan, dan analisis pensejarahan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebahagian dari ajarannya yang bertentangan dengan akidah Islam Ahli Sunah Waljamaah dan banyak ilmuwan dan Intitusi Agama di Negara ini telah pun mengeluarkan fatwa pengharamannya.