Sumbangan orang Arab terhadap perkembangan pendidikan madrasah atau sekolah Arab di Malaysia
Pendidikan merupakan antara aspek penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat serta kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah negara turut dikaitkan dengan tahap pendidikan atau literasi bangsanya. Pendidikan berteraskan agama sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia. Pen...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13809/1/328-Article%20Text-1159-3-10-20190109.pdf http://journalarticle.ukm.my/13809/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/23 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan merupakan antara aspek penting dalam pembangunan sesebuah
masyarakat serta kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah negara turut
dikaitkan dengan tahap pendidikan atau literasi bangsanya. Pendidikan berteraskan
agama sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia.
Pendidikan agama madrasah atau sekolah Arab di Malaysia mempunyai
sejarahnya yang tersendiri dan ia turut mempengaruhi kehidupan beragama
masyarakat Melayu pada hari ini. Pendidikan agama di Malaysia merupakan
inisiatif dan usaha gigih orang Arab yang prihatin terhadap pegangan agama orang
Melayu beragama Islam di negara ini. Namun, sumbangan mereka dalam
perkembangan sekolah agama di Malaysia telah dipinggirkan. Justeru, makalah ini
bertujuan untuk mengkaji sumbangan orang Arab khasnya orang Arab Hadhrami
dalam perkembangan pendidikan agama atau madrasah di Malaysia (Tanah
Melayu) pada abad ke-20 Masihi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan
berbentuk kualitatif secara analisis kajian literatur serta kandungan sumber
primer seperti bahan arkib, dokumen dan rekod rasmi. Sumber sekunder seperti
makalah ilmiah, buku dan surat khabar turut menjadi rujukan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa orang Arab khasnya Arab Hadhrami keturunan Sayyid
berperanan penting dalam pembangunan pendidikan agama di Malaysia melalui
penubuhan beberapa buah madrasah atau sekolah Arab yang ditubuhkan sekitar
awal abad ke-20 Masihi. Namun, atas faktor masa, kekangan kewangan dan
perubahan polisi pendidikan negara, madrasah yang dipelopori oleh orang Arab ini
telah diambilalih oleh kerajaan negeri. Sehingga kini masih terdapat madrasah
yang masih aktif menggunakan sistem kurikulum dan kokurikulum arus perdana
tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan identiti madrasah. |
---|