Pencirian dan pembezaan osteogenik sel stem pulpa gigi kekal dan gigi desiduos manusia

Sel stem pulpa gigi daripada gigi kekal (DPSC) dan gigi desiduos (SHED) merupakan sel stem mesenkima dewasa yang mudah diperoleh dan berpotensi di dalam terapi sel. Pengasingan sel ini melibatkan pendekatan yang kurang invasif. Pencirian dan potensi pembezaan osteogenik bagi DPSC dan SHED adalah pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Farinawati Yazid,, Nur Atmaliya Luchman,, Rohaya Megat Abdul Wahab,, Shahrul Hisham Zainal Ariffin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13742/1/17%20Farinawati%20Yazid.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13742/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil7_2019/KandunganJilid48Bil7_2019.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sel stem pulpa gigi daripada gigi kekal (DPSC) dan gigi desiduos (SHED) merupakan sel stem mesenkima dewasa yang mudah diperoleh dan berpotensi di dalam terapi sel. Pengasingan sel ini melibatkan pendekatan yang kurang invasif. Pencirian dan potensi pembezaan osteogenik bagi DPSC dan SHED adalah penting untuk memanipulasi sel ini bagi tujuan perubatan regeneratif. Tujuan kajian ini adalah untuk pencirian dan pengenalpastian potensi osteogenik bagi sel stem dewasa yang diasingkan daripada tisu pulpa gigi kekal dan gigi desiduos manusia. Pulpa gigi dipencilkan daripada gigi kekal dan gigi desiduos manusia menggunakan kaedah pencernaan enzim dan seterusnya dikulturkan sehingga pasaj 3. Morfologi sel dikenal pasti menggunakan perisian CellB. Kadar proliferasi DPSC dan SHED pula ditentukan menggunakan pengasaian tiazolilbiru tetrazolium bromida (MTT). Sementara itu, potensi pembezaan osteoblas bagi DPSC dan SHED ditentukan menggunakan analisis biokimia. Hasilnya, kedua-dua jenis sel ini menunjukkan morfologi menyerupai sel fibroblas pada pasaj 3. Kadar proliferasi SHED pula menunjukkan secara signifikan (p<0.05) ia jauh lebih tinggi berbanding DPSC. Kajian ini turut menunjukkan bahawa aktiviti alkali fosfatase (ALP) bagi SHED adalah secara signifikannya lebih tinggi berbanding dengan DPSC (p<0.05) apabila dikulturkan di dalam medium pembezaan osteoblas. Kesimpulannya, DPSC dan SHED mampu untuk membahagi dan membeza kepada osteoblas. Walau bagaimanapun, SHED telah menunjukkan kadar proliferasi serta potensi osteogenik yang lebih tinggi berbanding DPSC.