Model pengukuran aplikasi mudah alih panduan solat android (MAPS)
Penggunaan alat mudah alih seiring pembangunan teknologi semakin mashyur. Aplikasi yang mudah dan ringkas menjadi pilihan masyarakat kontemporari. Pelbagai aplikasi boleh diperoleh dari platform Android. Antara aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma adalah Panduan Solat. Kajian ini dijalank...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13532/1/311-Article%20Text-1173-1-10-20190105.pdf http://journalarticle.ukm.my/13532/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/22 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan alat mudah alih seiring pembangunan teknologi semakin mashyur. Aplikasi yang mudah dan ringkas menjadi pilihan masyarakat kontemporari. Pelbagai aplikasi boleh diperoleh dari platform Android. Antara aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma adalah Panduan Solat. Kajian ini dijalankan untuk kesahan model pengukuran penggunaan aplikasi mudah alih Panduan Solat. Selain itu, untuk mengenalpasti kandungan panduan solat memberi kesan positif terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran, mesra pengguna, multimedia mobiliti, dan hasil pembelajaran. Aplikasi Panduan Solat dibina malalui operasi sistem android. Android merupakan operasi yang berasaskan Linux yang digunakan untuk program layar sentuh dan komputer tablet melalui sumber terbuka Google. Program Android boleh didapati dengan memuat turun dari Google Play. Aplikasi android ini dibina sebagai panduan untuk menunaikan ibadah solat untuk umat islam. Aplikasi ini sesuai digunakan untuk pembelajaran bagi peringkat dewasa dan kanak-kanak berkenaan fardu sembahyang. Antara kandungan aplikasi adalah rukun solat, cara berwuduk, bacaan solat fardu, solat sunat dan doa-doa selepas menunaikan solat. Kajian dijalankan terhadap 70 orang responden kajian secara kuantitatif menggunakan soal selidik MAPS yang mengandungi 42 item termasuk demografi. Analisis instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan Structural Equation Modeling Partial Least Square 3.2.7. Hasil kajian menunjukkan kandungan Panduan Solat Android mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran, mesra pengguna, multimedia mobiliti, dan hasil pembelajaran yang diperoleh. Melalui hasil kajian ini, kesahan dan kebolehpercayaan model pengukuran dapat dibina. Dengan wujudnya kandungan hasil pembelajaran yang mantap, dapat memberikan sumber ilmu kepada mereka yang ingin belajar solat. Aplikasi ini dapat membantu mereka yang malu untuk bertanya dan dapat belajar asas solat sebelum berjumpa guru untuk menambahkan ilmu pengetahuan solat. |
---|