Perambaan sama (Peribahasa Bajau) Kota Belud, Sabah: satu diskusi
Peribahasa sudah bertapak lama sebagai salah satu ungkapan lisan yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Peribahasa bukan sekadar sebagai ungkapan dan seloka tutur namun, ia turut membayangkan budaya serta pemikiran pengungkapnya. Masyarakat timur yang masih menyimpan dan memegang erat budaya baha...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13510/1/jatma-2019-0702-07.pdf http://journalarticle.ukm.my/13510/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peribahasa sudah bertapak lama sebagai salah satu ungkapan lisan yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat.
Peribahasa bukan sekadar sebagai ungkapan dan seloka tutur namun, ia turut membayangkan budaya serta
pemikiran pengungkapnya. Masyarakat timur yang masih menyimpan dan memegang erat budaya bahasa maka,
peribahasa dijadikan cara tersantun untuk memerihal rasa marah, menjadi medium pengajaran dan estetika serta
dapat menggambarkan budaya penutur sesuatu bahasa itu. Sebagai salah satu bangsa timur, orang-orang Bajau
juga memiliki peribahasa dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Peribahasa dalam bahasa Bajau disebut
sebagai perambaan. Melalui perambaan, orang-orang Bajau menggambarkan nilai rasa mereka semasa berinteraksi
dengan orang lain. Sesuatu perambaan yang diungkap itu mampu menggambarkan rasa dan inti interaksi yang
sedang berlangsung. Tulisan ini menggunakan kaedah etnografi sebagai kaedah penelitian. Kaedah ini mendeskripsi
kebudayaan dengan tujuan untuk memahami pandangan hidup daripada kaca mata penduduk asal. Berasaskan satu
tinjauan awal di kampung Timbang Dayang, kampung Sembirai, kampung Labuan dan kampung Kulambai, Kota
Belud maka, dikongsikan Perambaan Sama Kota Belud agar diketahui bentuk dan perkara-perkara tersirat dalam
peribahasa milik orang-orang Bajau. Justeru, perbincangan dalam makalah ini melihat juga nilai positif dan negatif
yang tersembunyi di sebalik ungkapan peribahasa berkenaan yang secara tidak langsung memperlihatkan melingkungi
kehidupan masyarakat. |
---|