Gaya komunikasi kepimpinan negara dan impaknya terhadap hubungan dengan elit ketenteraan Indonesia

Sejak kemerdekaan 17 Ogos 1945, Indonesia telah mengalami pertukaran kepimpinan negara sebanyak tujuh kali. Ketujuh-tujuh kepimpinan negara tersebut memiliki corak dan gaya berkomunikasi yang tersendiri semasa mentadbir kerajaan. Dalam sejarah Indonesia, ketenteraan memiliki peranan sangat penting s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kushananto,, Sity Daud,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13478/1/27366-110193-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13478/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1210
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak kemerdekaan 17 Ogos 1945, Indonesia telah mengalami pertukaran kepimpinan negara sebanyak tujuh kali. Ketujuh-tujuh kepimpinan negara tersebut memiliki corak dan gaya berkomunikasi yang tersendiri semasa mentadbir kerajaan. Dalam sejarah Indonesia, ketenteraan memiliki peranan sangat penting sejak perjuangan memperolehi kemerdekaan, mempertahankan dan mengisi kemerdekaan. Bahkan dalam perkembangannya, tentera diberi peranan yang besar bukan sahaja berfungsi dalam bidang pertahanan negara, tetapi terlibat dalam sistem politik bagi menentukan dasar bersama kepimpinan negara. Meskipun demikian, hubungan kepimpinan nasional dengan elit ketenteraan mempunyai kedinamikan. Kajian ini membincangkan variasi gaya komunikasi kepimpinan negara Indonesia dan impaknya terhadap hubungan dengan elit ketenteraan yang berlaku pada masa Orde Lama, Orde Baru dan Era Reformasi. Kajian ini menggunakan data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual kepada informan terpilih, kajian dokumen dan kajian kepustakaan. Analisis gaya komunikasi adalah berasaskan perspektif Edward T. Hall. Dapatan kajian menunjukkan Soekarno, Habibie, Abdurrahman Wahid, dan Joko Widodo menggunakan gaya komunikasi konteks rendah, sedangkan Soeharto, Megawati, dan Yudhoyono menggunakan gaya komunikasi konteks tinggi. Soekarno, Habibie dan Abdurrahman Wahid tidak berjaya mengawal elit ketenteraan di masa pentadbiran mereka. Kajian ini menyimpulkan bahawa variasi gaya komunikasi kepimpinan negara memberi kesan terhadap hubungan dengan elit ketenteraan. Kepimpinan negara yang tidak berjaya membina hubungan dengan elit ketenteraan akan mendapat kurang sokongan ketenteraan terhadap kepimpinannya.